Laporan cadangan mereka bentuk baru bagi restoran bertemakan Wayang Kulit (Restoran Purwa) Dialamat No. 18, Jalan Untversiti Seksyen 11/1, 47200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Zoriyana Ishak

Ishak, Zoriyana (2006) Laporan cadangan mereka bentuk baru bagi restoran bertemakan Wayang Kulit (Restoran Purwa) Dialamat No. 18, Jalan Untversiti Seksyen 11/1, 47200 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Zoriyana Ishak. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

Abstract

Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah restoran yang melambangkan ciri-ciri melayu dalam perspektif moden khususnya bagi menonjolkan imej wayang kulit. Pada masa yang sama dapat mengetengahkan masakan-masakan citarasa asia selaras dengan pembawakan seni wayang kulit diserata negara-negara asia yang terlibat. Contohnya seni wayang kulit wujud di Indonesia, Thailand, Kemboja dan Tanah Melayu sendiri. Justeru itu makanan yang akan diperkenalkan adalah makanan dari varisi Negara-negara tersebut. Konsep yang ditonjolkan adalah lebih simbolik dan tidak ditonjolkan secara terangterangan atau secara jelas. Elemen senibina tradisional hanya diterapkan tidak terlalu nyata tetapi digubah dalam konsep moden. Kombinasi tradisional dan moden yang menghasilkan rekaan yang seiring dengan era moden tanpa kehilangan kualiti tradisionalnya. Antara kajian-kajian yang dijalankan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian bangunan, kajian kes, kajian ‘precedent’, dan pengumpulan data-data. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji apa yang terdapat pada citarasa makanan dan juga rekabentuk dalaman serta pengurusan sesebuah restoran terutamanya restoran yang mempunyai tema tertentu. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data akan diterapkan didalam proses merekabentuk agar memperolehi satu rekabentuk ruang dalaman yang lebih selesa dan menarik disamping dapat mewujudkan satu imej baru dengan kekuatan yang tersendiri.

Download

[img] Text
PPd_ZORIYANA ISHAK AP 06_5.pdf

Download (285kB)

Metadata

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Ishak, ZoriyanaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26666
Uncontrolled Keywords: Wayang Kulit (Restoran Purwa), Jalan Untversiti Seksyen, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26666

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year