Cadangan merekabentuk ruang dalaman Kedai Sukan FILA di Lot G07, G08 dan G09, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30300 Ipoh, Perak / Syed Ahmad Akramin Syed Md Harith

Syed Md Harith, Syed Ahmad Akramin (2005) Cadangan merekabentuk ruang dalaman Kedai Sukan FILA di Lot G07, G08 dan G09, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30300 Ipoh, Perak / Syed Ahmad Akramin Syed Md Harith. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Laporan Projek Akhir THE 386 merupakan laporan lengkap mengenai projek akhir semester enam. Laporan ini merekodkan perjalanan dan perkembangan projek dari permulaannya sehingga tamat projek. Matlamat projek ini adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli - belah di Ipoh Parade, Ipoh dan seterusnya menjadikan kedai pakaian sukan Fila sebagai pusat pakaian pilihan bagi penduduk Ipoh Barat. Objektif projek ini pula adalah untuk menyaingi kedai sukan sedia ada di Ipoh Parade khususnya dan Ipoh amnya. Antara objektif lain adalah menjadikan jenama Fila sebagai jenama yang digemari oleh pengguna, terutamanya remaja dan seterusnya memberikan imej baru kepada Fila sepertimana kehendak klien. Proses rekabentuk dibuat berdasarkan metodologi yang disediakan. Di setiap peringkat, penulis akan menghadiri sessi kritik bersama pensyarah untuk memastikan proses rekabentuk adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Rekabentuk akhir dibangunkan berdasarkan konsep rekabentuk yang dipilih, iaitu “L’arte nello sport” atau bermaksud “The art of sport”. Konsep rekabentuk ini telah diaplikasikan dalam rekabentuk untuk mendapatkan cadangan akhir yang memenuhi matlamat dan objektif projek.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Syed Md Harith, Syed Ahmad AkraminUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26594
Uncontrolled Keywords: Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26594

Download

[img] Text
PPd_SYED AHMAD AKRAMIN SYED MD HARITH AP 05_5.pdf

Download (327kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year