Kajian penggunaan internet di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (zon utara) / Mahadi Mahmood…[et al.]

Mahmood, Mahadi and Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed Alhady and Bujang, Arshad and Abdul Malik, Anis Faradella (2005) Kajian penggunaan internet di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (zon utara) / Mahadi Mahmood…[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kewujudan Internet telah banyak menukar corak kehidupan masyarakat masa kini. Internet telah membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses maklumat dengan lebih cepat samada maklumat yang berguna atau pun maklumat yang boleh merosakkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Di dalam bidang pendidikan, ledakan maklumat di dalam Internet ditambah dengan kemudahan mengakses maklumat melalui Internet yang semakin mudah menyebabkan penggunaannya semakin hari semakin popular di kalangan pelajar. Penggunaan Internet telah banyak membantu para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam bidang pengajian mereka disamping sebagai suatu alat untuk mereka berkomunikasi diantara satu sama lain dengan lebih cepat dan murah. Kajian “Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar UiTM Zon Utara” ini dilakukan dengan matlamat untuk melihat sejauhmana prasarana Internet yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UiTM dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam bidang pengajian masing-masing. Disamping itu kajian ini juga dapat melihat trend penggunaan Internet di kalangan pelajar samada lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti akademik atau pun lebih kepada rekreasi dan juga penyalahgunaan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mahmood, MahadiUNSPECIFIED
Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed AlhadyUNSPECIFIED
Bujang, ArshadUNSPECIFIED
Abdul Malik, Anis FaradellaUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Item ID: 26576
Uncontrolled Keywords: Internet; Corak Kehidupan Masyarakat; Akses Maklumat; Pendidikan; Ledakan Maklumat
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26576

Download

[img] Text
LP_MAHADI MAHMOOD RMI K 05_5.pdf

Download (169kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year