Abstract
Di dalam menentukan zon keselesaan terma, beberapa faktor perlu diketahui dan difahami. Projek ini menerangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keadaan bagi mencapai zon keselesaan terma. Kajiselidik untuk menentukan zon keselesan terma ini dijalankan didalam bilik daijah ataupun dewan kuliah tanpa mengira keadaan di luar bilik. Ini kerana, projek ini hanya menentukan keselesaan terma di bilik daijah dan dewan kuliah bagi pelajar-pelajar semasa belajar. Di dalam projek ini kami menggunakan alat-alat seperti pengesan suhu, pengesan kelembapan relatif, pengukur halaju udara, tahap pencahayaan dan pita pengukur. Dalam masa perlaksanaan projek yang singkat ini kami telah mengawal beberapa faktor iaitu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar, pakaian pelajar, umur pelajar dan masa bagi mengambil bacaan ataupun data. Hasil kajiselidik daripada sepuluh kelas yang di ambil sebagai sampel, kami telah beijaya mendapatkan satu keputusan yang cukup baik bagi menentukan zon keselesaan bagi pelajar-pelajar di ITM Shah Alam.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Juking, Patrick UNSPECIFIED Omar, Rizal UNSPECIFIED Samsudin, Yusaini UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Keywords: | Zon, Keselesaaan, Terma, ITM |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26564 |
Download
PPd_PATRICK JUKING EM 96_5.pdf
Download (322kB)