Reading speed and eye movement pattern in artificial peripheral scotoma stimulations / Nur Fadhilah Abd Rani

Abd Rani, Nur Fadhilah (2015) Reading speed and eye movement pattern in artificial peripheral scotoma stimulations / Nur Fadhilah Abd Rani. Student Project. Faculty of Health Sciences, Puncak Alam. (Unpublished)

Abstract

Pendahuluan: Membaca adalah salah satu rutin harian yang akan terkesan dengan defek di bahagian periferi. Aktiviti membaca akan menjadi sukar di kalangan pesakit yang kehilangan medan penglihatan periferi. Kajian ini mengkaji kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan stimulasi kecacatan medan penglihatan periferi pada peringkat yang berbeza. Alatan dan kaedah: Sepuluh orang peserta berpenglihatan normal telah mengambil bahagian dalam kajian ini (Julat umur=23). Kelajuan membaca dan pergerakan mata telah diukur ketika membaca teks bacaan Bahasa Melayu dalam keadaan normal dan empat stimulasi dengan skotoma peripheri buatan menggunakan video okulografi tiga dimensi (3D-VOG) Keputusan: Tiada perbezaan ketara di antara kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan skotoma periferi buatan. Purata kelajuan membaca untuk keadaan normal, stimulasi 1, stimulasi 2, stimulasi 3, dan stimulasi 4 masing masing ialah 130.48 ± 20.47 wpm, 122.28 ± 11.17 wpm, 124.20 ± 21.37 wpm, 124.28 ± 17.72 wpm, 110.84 ± 23.06 wpm. Stimulasi ke empat iaitu skotoma buatan periferi yang terbesar menunjukkan kelajuan bacaan yang paling perlahan manakala kelajuan yang paling laju adalah pada berkeadaan membaca yang normal. Bagi keputusan pergerakan mata, bilangan fiksasi yang paling tinggi adalah daripada keadaan normal dan stimulasi 2 menunjukkan bilangan fiksasi yang paling rendah. Manakala,bilangan regresi yang paling tinggi daripada stimulasi 2. Kesimpulan: Keputusan telah dapati bahawa secara statistik, stimulasi skotoma periferi tidak menjejaskan kelajuan membaca, bilangan fiksasi dan bilangan regresi. Walau bagaimanapun, kelajuan membaca berkurang apabila stimulasi skotoma periferal bertambah teruk. Keputusan yang diperoleh ini kemungkinan disebabkan oleh bilangan perserta yang sedikit.

Download

[img] Text
PPb_NUR FADHILAH ABD RANI HS 15_5.pdf

Download (457kB)

Metadata

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Abd Rani, Nur FadhilahUNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RE Ophthalmology > Refraction and errors of refraction and accommodation
R Medicine > RE Ophthalmology > Optometry. Opticians. Eyeglasses
Divisions: Faculty of Health Sciences
Item ID: 25986
Uncontrolled Keywords: Kelajuan membaca , stimulasi skotoma periferi buatan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25986

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year