Kecacatan fasad luar bangunan di iklim panas dan lembap dengan penumpuan khusus kepada bangunan-bangunan sekitar Lembah Klang / Ghazali Mohd Amin

Mohd Amin, Ghazali (1996) Kecacatan fasad luar bangunan di iklim panas dan lembap dengan penumpuan khusus kepada bangunan-bangunan sekitar Lembah Klang / Ghazali Mohd Amin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Senibina Melayu tradisional seperti yang terdapat pada bangunan-bangunan rumah melayu tradisional di bina oleh tukang-tukang tradisional sejak bertahun yang lalu. Bangunan ini dibina berasaskan bahan serta teknologi tempatan yang diwarisi sejak turuntemurun. Walaupun evolusi senibina ini tidak banyak berubah, namun ia beijaya memenuhi fungsi serta keperluan penghuninya pada waktu itu serta tahan terhadap ancaman cuaca persekitaran. Malah sesetengah rumah tradisional ini seperti Rumah Tele di Terengganu dan Istana Sri Menanti masih dapat bertahan sehingga ke hari ini. Namun begitu. keadaan telah berubah, keperluan bangunan-bangunan yang lebih besar serta pengaruh kepada senibina asing, telah membawa bangunan-bangunan baru dalam bentuk bangunan batu dengan nilai-nilai senibina barat yang jauh berbeza daripada senibina tempatan. Sejak diperkanalkan oleh penjajah barat (Belannda dan Ingggeris), bangunan ini amat di minati oleh masyarakat tempatan. Berbgai-bagai arus perkembangan senibina barat dituruti oleh senibina tempatan seperti bangunan-bangunan 'pre-war’, 'post-war’, 'Utilitarian’ New Clasical’,' Art Deco’, sehinggalah kepada bangunan berkonsep moden hari ini. Setelah lebih seratus tahun sejak mula diperkenalkan, kini kita lihat bangunan berkonsep moden ini terdapat di serata tempat yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis bangunan seperti masjid, pejabat, pusat institusi dan sebagainya. Disamping menyediakan tempat berlindung, bangunan-bangunan moden ini kini sedang mengalami keadaan yang tenat. Kebanyakannya mengalami kerosakan-kerosakan akibat daripada ancaman cuaca persekitaran. Bangunan-bangunan ini kelihatan kotor, berlumut dan mengalami beberapa keretakan. Kerosakan ini tidak terhad kepada bangunanbangunan yang lama, malah bangunan baru juga tidak ketinggalan daripada ancamaan kerosakan ini. Terdapat juga bangunan yang mengalami kerosakan seawal di tahun pertama penggunaanya lagi. Keadaan sungguh menyedihkan dan membayangkan terhaadap kualiti yang rendah. Namun begitu di dalam ekonomi yang sedang berkembang pesat ini, bangunan-bangunan yang baru tetap terus dibina. Sehingga kini terdapat lebih kurang 2/3 daripada jumlah nilai harta(aset) negara terletak pada bangunan. Keadaan ini perlu diberi perhatian yang teliti serta langkah-langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis dan punca-punca kerosakan serta mencadangkan langkah -langkah yang perlu di dalam mengatasi masalah kerosakan fasad bangunan yang terdedah kepada cuaca persekitaran.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_GHAZALI MOHD AMIN AP 96_5.pdf] Text
TD_GHAZALI MOHD AMIN AP 96_5.pdf

Download (329kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25347

Indexing

Statistic

Statistic details