Laporan kajian akhir cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman bagi Tadika Tahfiz Al-Ikhlas di No.1-3 Jalan Plumbum 7/101b, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. / Widad Saaban

Saaban, Widad (2009) Laporan kajian akhir cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman bagi Tadika Tahfiz Al-Ikhlas di No.1-3 Jalan Plumbum 7/101b, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. / Widad Saaban. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_WIDAD SAABAN AP 09_5.pdf

Download (98kB)

Abstract

Bagi menghasilkan satu rekabentuk yang sempuma dan berjaya, pelbagai jenis aspek tidak kira darisegi luaran mahupun dalam perlu dikaji, dilihat, dan dinilai dengan teliti. Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman Tadika Tahfiz Al- Ikhlas yang terletak No. 1-3 Jalan Plumbum 7/101b, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Objektif utama projek ini adalah untuk member satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi Tadika Tahfiz Al-lkhlas selain memberi nafas baru kepada suasana persekitaran tadika supaya lebih praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada kanak-kanak dalam menuntut ilmu. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk merekabentuk sebuah tadika Islam yang berimej baru selari dengan konsep yang baru supaya dapat meyakinkan masyarakat terutamanya orang Muslim bahawa Tadika Tahfiz berlain berbanding tadika biasa. Dengan terhasilnya rekabentuk dalaman yang baru bagi Tadika Tahfiz Al-lkhlas ini, diharapkan bahawa ia dapat menarik perhatian ibubapa supaya menghantar anak mereka disini. Disamping itu juga, dapat membuka beberapa lagi cawangan yang luar dari Shah Alam seperti kebanyakan tadika biasa contohnya tadika kemas. Konsep dan imej yang dicadangkan kepada klien dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama kepada masyarakat terutamanya Muslim supaya yakin untuk menhantar anak mereka di tadika ini. Beberapa penyelidikan telah dijalankan bagi menjayakan projek akhir ini, antaranya termasuklah kajian memilih tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes, dan kajian soal selidik. Kesemua kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan serat kekurangan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kesemua kajian yang telah dilaksankan akan diterapkan didalam proses rekabentuk yang bertujuan untuk mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai samada dari segi fungsi dan estetikanya. Konsep yang diterapkan didalam projek ini adalah 'A Meaningful Beginning' yang membawa maksud permulaan yang bermakna kepada kanak-kanak. Sebagai cabaran, saya akan cuba sebaik yang mungkin untuk melahirkan idea-idea untuk merekabentuk Tadika Tahfiz Al-lkhlas.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Saaban, WidadUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 25193
Uncontrolled Keywords: Tadika Tahfiz Al-Ikhlas; Rekabentuk dalaman
Last Modified: 15 Aug 2019 08:50
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25193

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year