Cadangan rekabentuk dalaman Kelab Vespa Lot 382, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur / Norhafizah Mansor

Mansor, Norhafizah (2009) Cadangan rekabentuk dalaman Kelab Vespa Lot 382, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur / Norhafizah Mansor. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img] Text
PPd_NORHAFIZAH MANSOR AP 09_5.pdf

Download (134kB)

Abstract

Untuk projek akhir IND 381 (Kursus Rekabentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek ‘Vespa Club House’. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat samada dalam pencarian masalah pengemar vespa yang sediada, pengumpuian data, pemerhatian dan lain-lain. Setiap projek mempunyai matlamat yang perlu dicapai. Selain itu, perkara lain yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu projek ialah mengetahui objektif, skop, halangan dan kepentingan projek khususnya. Hal ini merupakan perkara yang terpenting perlu di ketahui sebelum memulakan dan merancang sesuatu projek. Pemilihan cadangan mereka bentuk ‘Vespa Club House’ ini berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan wujudnya masalah-masalah dalam aktiviti-aktiviti, maklumat mengenai vespa, berikutan pengeluaran vespa yang telah dihentikan. Dengan wujudnya kelab vespa ini kita dapat mengumpulkan semua peminat skuter klasik ini. Dengan adanya kelab vespa ini juga membolehkan ahli-ahli menjalankan aktiviti mereka dengan lebih mudah di bawah satu bumbung. Di kelab ini juga ahli-ahli dapat berhubung dengan mereka yang mempunyai minat yang sama yang berada di dalam negara mahupun di luar negara. Di samping itu, kelab ini bertujuan menarik minat golongan anak muda supaya mempunyai minat yang berfaedah dan mengurangkan gejala yang kurang sihat di kalangan generasi muda sekarang. Kajian yang dijalankan adalah untuk memperolehi maklumat terperinci mengenai projek yang akan dijalankan, maklumat ini adalah bertujuan untuk membantu dalam proses merekabentuk ruang dalaman serta dapat mengikuti dan menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh pihak klien. Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa masalah-masalah yang timbul oleh peminat-peminat vespa sebelum ini adalah mereka tidak mempunyai kelab yang khusus untuk mereka beijumpa dan kurangnya sambutan daripada orang ramai disebabkan masalah kewangan. Dengan wujudnya kelab vespa ini segala jenis alat ganti dan aksesori dapat dikumpulkan pada satu tempat yang khusus dan ini juga dapat memudahkan para peminat dan ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan di sini. Melalui pertubuhan kelab ini ia dapat menjadi perantaraan dengan kelab yang berada di dalam dan luar negara. Ini dapat memudahkan sebarang pengurusan seperti mengadakan pameran, berita dan isu mengenai vespa, aktiviti yang di anjurkan dan sebagainya.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mansor, NorhafizahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 24657
Last Modified: 05 Jul 2019 04:54
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24657

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year