Telefon awam di sekolah / Nurul Aimi Mohad Ali

Mohad Ali, Nurul Aimi (2005) Telefon awam di sekolah / Nurul Aimi Mohad Ali. Student Project. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
PPb_NURUL AIMI MOHAD ALI K AD 05_5.pdf

Download (137kB)

Abstract

Aspek yang mesti diambil kira dalam kehidupan seharian adalah keselesaan, la memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, namun kerja juga merupakan salah satu perkara yang penting untuk meningkatkan taraf hidup setiap masyarakat dan diri sendiri bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang semakin tinggi tarafnya. Namum begitu, komunikasi antara satu sama lain juga penting untuk meningkatkan taraf hidup pada hari ini. Secara definisinya, Telekomunikasi adalah teknik pengiriman pesan dari satu tempat ke tempat lain dan biasanya berlangsung secara dua arah. Telekomunikasi merangkumi semua bentuk komunikasi jarak jauh termasuk radio, telegraf, television, telefon, komunikasi data dan jaringan komputer. Salah satunya adalah telefon. Telefon adalah alat telekomunikasi yang dapat mengirimkan pembicaraan melalui sinyal listik. Telefon awam adalah salah satu alat komunikasi yang terpenting yang sering digunakan terutama sekali pelajar-pelajar sekolah rendah tetapi malangnya alat ini tidak diberi perhatian sepenuhnya dari segi ergonomic dan estetik. Jadi untuk memastikan masalah-masalah yang dihadapi, saya telah menjalankan sebuah kajian dan temubual ditujuh buah sekolah rendah yang terdapat di Sungai Petani. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan mengedar borang kaji selidik kepada setiap pelajar sekolah rendah. Dari temubual dan kajian yang dibuat, saya dapati majoriti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan telefon awam ialah cara-cara aplikasi penggunaan telefon awam yang sedia ada. Masalah entroprometik adalah masalah yang utama iaitu dari segi ketinggian pelajar itu sendiri untuk mencapai gagang telefon dan terpaksa menginjak untuk memasukkan duit syiling. Dari estetik pula, reka bentuk telefon yang sedia ada tidak menarik dan tidak sesuai dengan pelajar yang sememangnya mempunyai sikap suka merosakkan barang-barang awam. Jadi, saya berpendapat bahawa telefon awam perlu di reka semula.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Mohad Ali, Nurul AimiUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 24145
Uncontrolled Keywords: Telekomunikasi; Komunikasi; Telefon Awam; Ergonomic; Estetik; Aplikasi; Entroprometik
Last Modified: 10 May 2019 07:23
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24145

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year