Mesin layan diri tiket wayang / Hasnizah Hamid

Hamid, Hasnizah (2005) Mesin layan diri tiket wayang / Hasnizah Hamid. Research Reports. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_HASNIZAH HAMID FAD K05_5.pdf

Download (267kB)

Abstract

Perindustrian dalam sektor hiburan merupakan salah satu bidang yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian yang dijalankan bagi menambah nilai dlam sektor hiburan. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari perkembangan sains dan teknologi, penekanan terhadap aspek reka bentuk estetik, ergonomik dan teknikal masih berkurangan. Panggung wayang adalah salah satu daripada bidang hiburan yang perlu ditikberatkan kerana kunjungan penonton ke panggung wayang tidak pemah putus.Pengurusan panggung wayang yang dijalankan secara sistematik dengan persekitaran yang selesa dapat mencipta satu perkembangan yang baik. Ianya bermula dari kaedah penjualan tiket sehinggalah ke keselesaan ketika menonton tayang filem. Keuntungan yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti perkhidmatan yang disediakan. Sebarang bentuk masalah perlulah dielakkan bagi tidak mendapat respon buruk daripada pelanggan. Jika ianya berlaku, akan menjejaskan penjualan tiket tayangan yang bakal di tayangkan. Perkhidmatan yang lebih memberi keselesaan kepada pengguna bagi mendapatkan tiket wayang hendaklah dicadangkan. Walaunpun sudah disediakan perkhidmatan tempahan, namun perkhidmatan ini mempunyai masalahnya sendiri. Jika panggung wayang menggunakan mesin yang tidak memerlukan penonton beratur panjang untuk mendapatkan tiket wayang boleh dikira satu cadangan yang baik. Sebagai contoh mesin layan diri yang disediakan di komuter KTM. Mesin ini menjanjikan tiket dengan hanya dalam jangka masa yang singkat. Dengan ini penonton tidak perlu lagi bersesak-sesak dan beratur panjang. Selain itu, dapat juga mengurangkan masalah yang dihadapi oleh bahagian pengurusan panggung wayang. Dengan adanya perkhidmatan yang berteknologi tinggi, negara kita akan lebih menampakkan kemajuan dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Hamid, HasnizahUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 23550
Uncontrolled Keywords: Ekonomi; Ergonomik; Panggung Wayang; Tiket
Last Modified: 22 Apr 2019 03:24
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23550

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year