Kesedaran untuk memiliki akaun Tabung Haji bagi pelajar ACIS UiTM Puncak Alam / Nur Sofiya Fadlin Mohd Yazid

Mohd Yazid, Nur Sofiya Fadlin (2018) Kesedaran untuk memiliki akaun Tabung Haji bagi pelajar ACIS UiTM Puncak Alam / Nur Sofiya Fadlin Mohd Yazid. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam di Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi-institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu
komponen institusi kewangan dan perbankan perlu menunjukkan prestasi yang baik dan berkesan. Satu penyelidikan mengenai Lembaga Tabung Haji telah dibuat dengan tujuan untuk memberikan kesedaran untuk memiliki akaun tabung haji bagi pelajar ACIS UiTM
Puncak Alam. Kajian ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kaedah kuantitatif iaitu melalui borang kajian kaji selidik terhadap beberapa responden yang
terpilih. Objektifnya adalah untuk untuk mengetahui status pemilikan pelajar Akademi Pengajian Islam Komtemporari (ACIS) UiTM Puncak Alam berkenaan akaun Tabung Haji
dan untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman pelajar ACIS tentang keperluan memiliki akaun Tabung Haji. Kemudian, hasil daripada maklumat yang telah dianalisis,
mendapati bahawa Lembaga Tabung Haji telah memberikan kesan yang banyak terhadap kesedaran pelajar untuk memiliki akaun Tabung Haji. Ia juga memberikan faedah ke atas pihak Tabung Haji dari sudut ibadah. Cadangan juga turut diberikan dalam kajian ini
sebagai rujukan penambahbaikan untuk meningkatkan kefahaman pelajar ACIS terhadap fungsi Tabung Haji.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yazid, Nur Sofiya Fadlin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HG Finance > Banking > Bank accounts. Bank deposits. Deposit banking
H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Keywords: Lembaga Tabung Haji (LTH), Islamic finance, savings, students, UiTM Puncak Alam, Islamic institutions, banking
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23384
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR SOFIYA FADLIN MOHD YAZID ACI B 18_5.pdf] Text
PPb_NUR SOFIYA FADLIN MOHD YAZID ACI B 18_5.pdf

Download (262kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23384

Indexing

Statistic

Statistic details