Tahap pemahaman pelajar tentang Bay’ Salam dalam transaksi jual beli emas secara online / Nur Adibah Aqilah Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin, Nur Adibah Aqilah (2017) Tahap pemahaman pelajar tentang Bay’ Salam dalam transaksi jual beli emas secara online / Nur Adibah Aqilah Mohd Khairuddin. Student Project. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Puncak Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_NUR ADIBAH AQILAH MOHD KHAIRUDDIN ACI B 17_5.pdf

Download (427kB)

Abstract

Jual beli salam ialah akad jual beli di mana pembayaran didahulukan dan penerimaan barang dikemudiankan. Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama akan tetapi berbeza pula dengan pendapat ulama yang bermazhab Syafi’i, iaitu membolehkan jual beli secara tunai dan tertangguh. Jual beli merupakan aktiviti harian manusia untuk mendapatkan sesuatu. Di dalam Islam, jual beli mempunyai rukun dan syarat yang tersendiri untuk menjadikannya sebuah transaksi yang sah disisi syarak. Kehadiran internet dalam kehidupan manusia telah memudahkan lagi urusan jual beli. Sehubungan dengan itu, banyak iklan berkaitan pelaburan emas yang menarik pelajar IPT. Bagi mereka yang kurang ilmu dan tidak memahami tentang jual beli emas, mereka akan lebih mudah terpengaruh dan cenderung untuk terpedaya dengan kes penipuan yang semakin kerap berlaku. Sedangkan Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar terhadap jual beli emas secara atas talian dengan bay’ salam dan untuk menganalisis hubungan di antara latar belakang pengajian terhadap kefahaman pelajar dalam transaksi jual beli emas secara atas talian. Metode yang digunakan di dalam kajian ini adalah metode kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar amat berkaitrapat dengan latar belakang pengajian. Berdasarkan kajian ini, kajian lanjutan amat digalakkan untuk menambahbaikkan lagi kualiti pelajar pengajian Islam.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Mohd Khairuddin, Nur Adibah AqilahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HF Commerce > Business ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)_B
Item ID: 23270
Uncontrolled Keywords: Bay’ salam, gold, online business
Last Modified: 26 Feb 2019 07:24
Depositing User: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23270

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year