Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa inggeris? Satu kajian kes di UiTM zon utara (kampus Sungai Petani, kampus Bukit Mertajam dan kampus Arau) / Noor Saliza Zainal, Normala Ismail dan Zulkafli Mohd. Yusof

Zainal, Noor Saliza and Ismail, Normala and Mohd. Yusof, Zulkafli (2003) Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa inggeris? Satu kajian kes di UiTM zon utara (kampus Sungai Petani, kampus Bukit Mertajam dan kampus Arau) / Noor Saliza Zainal, Normala Ismail dan Zulkafli Mohd. Yusof. Research Reports. Research Management Institute, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_NOOR SALIZA ZAINAL IRMI K 03_5.pdf

Download (113kB)

Abstract

Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian. Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signifikan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Zainal, Noor SalizaUNSPECIFIED
Ismail, NormalaUNSPECIFIED
Mohd. Yusof, ZulkafliUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > English language
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 22485
Uncontrolled Keywords: Kecemerlangan pelajar; Penguasaan bahasa inggeris; UiTM zon utara; Kampus Sungai Petani; Kampus Bukit Mertajam; Kampus Arau; Kedah; Pulau Pinang; Perlis
Last Modified: 13 Feb 2019 05:08
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22485

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year