Kajian program takmir: pelaksanaan dan keberkesanan di masjid, Daerah Alor Gajah, Melaka / Affendi Ismail...[et.al]

Ismail, Affendi and Bahrom, Hasan and Baharom, Norazizah and Ishak, Norain (2001) Kajian program takmir: pelaksanaan dan keberkesanan di masjid, Daerah Alor Gajah, Melaka / Affendi Ismail...[et.al]. Research Reports. Unit Penyelidikan dan Perundingan, Alor Gajah. (Unpublished)

[img] Text
LP_AFFENDI ISMAIL M BRC 01_5.pdf

Download (1MB)

Abstract

Sejarah telah memperlihatkan bahawa peranan masjid amat besar dalam sistem masyarakat Islam. Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid pusat segala kegiatan umat khususnya dalam aspek pendidikan. Masjid pada zaman Baginda s.a.w telah muncul sebagai pusat pendidikan yang mampu membuat perubahan kepada umat dan aspek pemikiran, sikap, adab dan tingkah laku. Namun kebelakangan ini peranan masjid telah diperkecilkan dan terfokus kepada bidang pendidikan dan perlaksanaan ibadah khusus sahaja. Secara logiknya pengkhususan bidang yang telah diperkecilkan ini tentu akan menghasilkan tahap pengurusan dan keberkesanan yang lebih tinggi peneapaiannya. Persoalannya apakah ini berlaku dalam pengurusan dan kegiatan yang telah dilakukan oleh masjid, sekalipun banyak aktiviti pendidikan dianjurkan? Misalnya kelas takmir, dimana pembiayaan yang dikeluarkan oleh kerajaan agak besar, apakah hasil yang hendak diperolehi daripada program itu tercapai atau menepati matlamat kegiatan itu dianjurkan. Bagaimana penglibatan generasi muda dalam kegiatan keagamaan di masjid. Apakah ianya menggalakkan atau sebaliknya. Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru menarik minat pendengar, dan apakah pihak berkuasa agama melakukan tinjauan terhadap kegiatan tersebut untuk menentukan keberkesanannya. Kajian ini akan melihat secara dekat sejauhmana matlamat aktiviti itu telah dicapai dan apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Ismail, AffendiUNSPECIFIED
Bahrom, HasanUNSPECIFIED
Baharom, NorazizahUNSPECIFIED
Ishak, NorainUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques as community centers
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Item ID: 22477
Uncontrolled Keywords: Program takmir; Peranan masjid; Alor Gajah
Last Modified: 18 Jan 2019 04:58
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22477

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year