Kajian mengenai aspek ergonomik dan rekabentuk terhadap alatan tangan (hand tools) dalam aktiviti pembuatan barangan kraf seramik di dalam industri kraftangan sederhana (IKS) di Perak dan Sarawak / Muhammad Fauzi Zainuddin, Shahriman Zainal Abidin dan Azhari Md Hashim

Zainuddin, Muhammad Fauzi and Zainal Abidin, Shahriman and Md Hashim, Azhari (2010) Kajian mengenai aspek ergonomik dan rekabentuk terhadap alatan tangan (hand tools) dalam aktiviti pembuatan barangan kraf seramik di dalam industri kraftangan sederhana (IKS) di Perak dan Sarawak / Muhammad Fauzi Zainuddin, Shahriman Zainal Abidin dan Azhari Md Hashim. Research Reports. Research Management Institute, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_MUHAMMAD FAUZI ZAINUDDIN IRMI K 10_5.pdf

Download (154kB)

Abstract

Ergonomik merupakan salah satu elemen yang penting didalam proses mereka bentuk dan pembikinan barangan kraf terutamanya Labu Sayong dan Tembikar Sarawak. Dimasa ini peralatan tangan yang sedia ada adalah tidak seragam. Kebanyakan peralatan diambil sama ada dari alam semula jadi seperti batu dan kayu. Selain itu terdapat juga peralatan tangan yang diambil dari alatan tangan moden yang pada asalnya untuk kegunaan pertukangan kayu atau pun logam. Oleh yang demikian, kajian terhadap keselesaan reka bentuk peralatan alatan tangan telah dilakukan didalam penyelidikan ini. Kajian perbandingan diantara penggunaan peralatan tangan bagi pembuatan Labu Sayong di Perak dan Tembikar Sarawak telah dilakukan. Diantara aspek yang dikaji adalah alatan tangan popular, karakteristik reka bentuk alatan tangan dan tahap kesukaran mereka bentuk. Hasil dapatan kajian berupaya mengenal pasti Terdapat beberapa alatan tangan ergonomic ribs dan carving tools yang sesuai didalam penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak; ujian non parametric chi-square menunjukkan persepsi penggunaan peralatan tangan bagi kedua-dua jenis peralatan ini bersesuaian dengan penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak; Menurut tafsiran statistik korelasi berdasarkan model Pearson bagi penggunaan alatan tangan, terdapat beberapa assosiasi korelasi positif (Pearson correlation = .1000. p < 0.01) bagi carving tools dan ergonomic ribs; Berdasarkan eksperimen Protokol Analisis Verbal (VPA), terdapat beberapa pattern pergerakan tangan berkenaan dengan karakteristik utama yang sama didalam penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak, manakala, dapatan pengucapan dari VPA menyokong apa yang dicakap oleh subjek sama dengan apa juga aktiviti pergerakan tangan yang berlaku semasa eksperimen ini berjalan didalam pengukuran tahap kesukaran pembentukan labu Sayong dan tembikar Sarawak; dan selain dari itu. bagi subjek yang membentuk dan mengukir labu dan tembikar menggunakan peralatan tangan dengan menggunakan tangan kanan secara tidak langsung dapat dilihat tangan kiri akan sama-sama bertindak balas (reflect) seperti memegang dan menyokong labu dan tembikar tersebut. Begitu juga jika subjek menggunakan tangan kiri maka tangan kanan juga akan bertindak balas. Berdasarkan kajian ini, adalah dicadangkan agar peralatan tangan yang popular sama ada dalam bentuk ergonomic ribs dan carving tools dapat di reka bentuk kembali (redesign) bagi menambah baik keselesaan pembuat Labu Sayong dan Tembikar Sarawak.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Zainuddin, Muhammad FauziUNSPECIFIED
Zainal Abidin, ShahrimanUNSPECIFIED
Md Hashim, AzhariUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Furniture design
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 22471
Uncontrolled Keywords: Ergonomik dan Rekabentuk; Alatan Tangan; Kraf Seramik; Industri Kraftangan Sederhana; Perak; Sarawak
Last Modified: 18 Dec 2018 07:27
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22471

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year