Kajian tahap perlaksanaan kualiti perkhidmatan di perpustakaan akademik zon utara / Junaida Ismail …[et al.]

Ismail, Junaida and Ladisma @ Awis, Mahadir and Shari, Sharunizam and Abu, Roziya (2009) Kajian tahap perlaksanaan kualiti perkhidmatan di perpustakaan akademik zon utara / Junaida Ismail …[et al.]. Research Reports. Research Management Institute, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_JUNAIDA ISMAIL IRMI K 09_5.pdf

Download (302kB)

Abstract

Kualiti perkhidmatan sebuah perpustakaan akademik lazimnya dihubungkaitkan dengan status universiti berkenaan. Perkhidmatan yang berkualiti akan mencerminkan budaya serta nilai-nilai yang dipraktikan. Kajian Tahap Perlaksanaan Kualiti Perkhidmatan Di Perpustakaan Akademik Zon Utara adalah bagi melihat tahap perlaksanaan kualiti perkhidmataan di Perpustakaan Akademik Zon Utara. Perpustakaan Akademik Zon Utara yang dijadikan responden kajian adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA Perlis (UiTM Perlis), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTM Pulau Pinang), Universiti Teknologi MARA Kedah (UiTM Kedah), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Enam objektif digariskan iaitu; i) mengenalpasti Dimensi Tempat, ii) Dimensi Koleksi, iii) Dimensi Capaian, iv) Dimensi Kebolehpercayaan, dan v) mengenalpasti Dimensi Empati yang menyumbang ke arah kualiti perkhidmatan Perpustakaan Akademik Zon Utara serta vi) mengenalpasti hubungkait di antara dimensi-dimensi yang dikaji. Kajian ini adalah berasaskan kepada Kajian Parasuraman et.al (1988), Colleen dan Bruce (2001), Cohen dan Fried (2001), Thamasat (2003), dan Ashok Kumar (2007). Lima pembolehubah diadaptasi iaitu Dimensi Tempat, Koleksi, Capaian, Kebolehpercayaan dan Empati. Kaedah Persampelan Rawak Berstrata (Stratified Random Sampling) digunapakai dan seramai 379 sampel dikenalpasti. Hasil kajian mendapati semua nul hipotesis ditolak, menunjukkan terdapat hubungan yang singnifikan khususnya Dimensi Kebolehpercayaan yang paling dominan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Ismail, JunaidaUNSPECIFIED
Ladisma @ Awis, MahadirUNSPECIFIED
Shari, SharunizamUNSPECIFIED
Abu, RoziyaUNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > University and college. Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 22445
Uncontrolled Keywords: Kualiti perkhidmatan; Perpustakaan akademik zon utara
Last Modified: 13 Dec 2018 09:00
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22445

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year