Cadangan merekabentuk dalaman baru bagi Proton Edar Sdn Bhd di No 17, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur / Siti Fatimah Md Som

Md Som, Siti Fatimah (2009) Cadangan merekabentuk dalaman baru bagi Proton Edar Sdn Bhd di No 17, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur / Siti Fatimah Md Som. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan reka bentuk skima baru bagi Proton Edar Sdn. Bhd. yang berlokasi di No 17, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dengan terhasilnya ruang pameran yang baru bagi Proton Edar Sdn. Bhd. adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej Proton dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua - dua ruang 'exterior & interior’ untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej koprat Proton samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep revolusi dan imej mudah,bergaya dan berkilatjuga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang baru, sesuai dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan serta bersesuaian dengan identiti Proton Edar Sdn. Bhd.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Som, Siti Fatimah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Proton Edar Sdn Bhd
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21047
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI FATIMAH MD SOM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_SITI FATIMAH MD SOM AP 09_5.pdf

Download (102kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21047

Indexing

Statistic

Statistic details