Cadangan menaik taraf dan merekabentuk skema baru untuk Nordin Batik Craft Centre di Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. / Wan Nurshahida Wan Mazlan

Wan Mazlan, Wan Nurshahida (2009) Cadangan menaik taraf dan merekabentuk skema baru untuk Nordin Batik Craft Centre di Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. / Wan Nurshahida Wan Mazlan. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_WAN NURSHIDA WAN MAZLAN AP 09_5.pdf

Download (131kB) | Preview

Abstract

Pembentukan sebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji, dan peneiitian yang tajam bagi manghasilkan rekabentuk yang berjaya. Ia harus dilihat dari pelbagai aspek luaran dan dalaman. Projek akhir rekabentuk dalaman di peringkat diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap fahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi tahun akhir ini adalah cadangan menaik taraf dan merekabentuk skema baru bagi Nordin Batik Sdn. Bhd. Bertempat di Wisma Nordin, Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu,Kelantan. Tujuan utama projek ini adalah menaik taraf dan mereka bentuk skema baru dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya ruang baru bagi Nordin Batik Craft Centre, adalah diharap ia dapat menaikkan imej Nordin Batik Sdn Bhd dan memperkenbangkan lagi pemiagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan di dalam ruang dalaman dan luaran bagi menonjolkan ruang estitika ruang pameran tersebut. Maklumat tentang tapak cadangan juga diambil kira sebagai panduan sebelummereka bentuk. Contohnye gambar, struktur bangunan,kapasiti dan keluasan keseluruhan tapak.struktur cadangan untuk Nordin Batik Craft Centre adalah ‘Frame struktur’ dimana sistem pembinaan yang digunakan pada kebanyakan bangunan pada masa kini. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan dijangka mampu menjadi salah satu tarikan utama kepada pelanggan. Beberapa penyelidikan telah dijalan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini. Antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, temuramah, pemerhatian, kajian kes dan soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan cuba untuk mengenalpasti beberapa masalah yang timbul.kajian-kajian yang telah dijalankan diterap dalam proses rekabentuk dengan tujian mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Nordin batik Sdn. Bhd samada dari fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang telah saya pilih disini adalah ‘Flora Sensation’ untuk mendapatkan satu imej baru yang sesuai dan mampu menonjolkan imej yang bersesuian dengan imej nordin batik.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Wan Mazlan, Wan NurshahidaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 20849
Uncontrolled Keywords: Merekabentuk skema baru; Nordin Batik Craft Centre
Last Modified: 26 Jul 2018 05:20
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20849

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year