Abstract
Cadangan mereka bentuk wajah baru Old Town White Coffee di Bandar Puteri Puchong datang dari kesan lambakan kafe di Malaysia. Fenomena ini yang semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama para usahawan yang selalu melakukan janji temu di kafe.. Memandangkan kafe kini semakin dikenali ramai, maka adalah menjadi tanggungjawab Old Town White Coffee untuk mendekatkan orang ramai kafe yang mempunyai identiti serta tema yang tersendiri untuk menjadi antara kafe yang mengeluarkan produk untuk dipasarkan ke pasaran Malaysia.. Oleh itu imej dan reka bentuk yang baru untuk klien harus dihasilkan bagi menarik perhatian serta memuaskan lagi hati pelanggan. Selain dari itu, melalui penataan dan susun atur ruang dalam reka bentuk kedai ini dapat membawa pelanggan merasai suasana ruang yang unik serta keenakan masakan Malaysia seperti laksa serta mee kari yang tidak terdapat di mana-mana kafe lain. Old Town White Coffee bukan sahaja mempromosi barangan mereka di dalam Negara tetapi juga di serata Asia. Mereka juga tidak hanya menjual produk mereka sendiri tetapi sebaliknya mempromosi makanan masyarat Malaysia yang telah diberikan wajah baru dari segi persembahan hidangan. Kafe yang berkonsep China Hainan yang telah mempunyai beberapa cawangan di serata Malaysia ini diharapkan dapat memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Selain itu diharapkan dengan pembukaan cawangan yang terbaru ini,Old Town White Coffee dapat menjadi perintis untuk reka bentuk kafe berkonsep yang bersistematik, berinformatif dan berinteraktif.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Nor Hafiza UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Cadangan menaik taraf; Kafe; ‘Old Town White Coffee’ |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20836 |
Download
PPd_NOR HAFIZA ABD RAHMAN AP 09_5.pdf
Download (106kB) | Preview