Cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman untuk bilik pameran Aston Martin di 130, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur / Muhd Zuhairi Shukor

Shukor, Muhd Zuhairi (2009) Cadangan mengubahsuai rekabentuk dalaman untuk bilik pameran Aston Martin di 130, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur / Muhd Zuhairi Shukor. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman untuk peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mengubahsuai rekabentuk skima baru bagi Edgware Auto Sdn. Bhd. yang berlokasi di 130, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Dengan terhasilnya ruang pameran yang baru ini adalah diharapkan bahawa ia dapat menaiktarafkan lagi imej Aston Martin dan memperkembangkan lagi pemiagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua-dua ruang luaran dan dalaman untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Aston Martin sama ada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep tiada sempadan dan imej mudah.bergaya dan berkilat juga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang baru, sesuai dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan serta bersesuaian dengan identiti Edgware Auto Sdn. Bhd.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shukor, Muhd Zuhairi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: cadangan mengubahsuai; rekabentuk dalaman; Bilik pameran; Aston Martin
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20772
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MUHD ZUHAIRI SHUKOR AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_MUHD ZUHAIRI SHUKOR AP 09_5.pdf

Download (125kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20772

Indexing

Statistic

Statistic details