Pembangunan JIG robot pengimpal bagi mengoptimakan masa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pembuatan (Development of JIG robot welding to optimize teaching and learning time in manufacturing classes) / Norfauzi T. ... [et al.]

T., Norfauzi and A.B., Hadzley and AI., zimin and I., Fakhrulnaim and B. J., Hafiz and A., Hassan (2017) Pembangunan JIG robot pengimpal bagi mengoptimakan masa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pembuatan (Development of JIG robot welding to optimize teaching and learning time in manufacturing classes) / Norfauzi T. ... [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (1). pp. 62-78. ISSN 2600-7606

[img]
Preview
Text
AJ_NORFAUZI T. JURIM 17.pdf

Download (30MB) | Preview

Abstract

Makalah ini berdasarkan masalah yang dihadapi apabila menggunakan Mesin Robot Pengimpalmodel ABB IRB 1410 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Mesin Robot Pengimpal adalah mesin yang diprogramkan untuk membawa Robot Pengimpal pada bahan kerja secara automatik, namun demikianterdapat pelbagai masalah yang dihadapi, antaranya adalah perubahan kedudukan bahan kerja apabila proses kimpalan dijalankan.Kaedah semasa, memerlukan proses kimpalan titik terlebih dahulu dan memerlukan waktu yang lama untuk menyiapkan kedudukan bahan kerja. Berdasarkan masalah yang dihadapi, masa yang ditetapkan untuk sesi makmal mengambil masa yang lama dan mengganggu proses P&P. Objektif projek ini adalah untuk mengoptimumkan jadual penggunaan mesin Robot Pengimpal pada masa yang telah ditetapkan dan menyediakan latihan yang mencukupi kepada para pelajar dalam rangka masa jadual. Jig dibangunkan melalui lukisan kejuruteraan serta analisis keberkesanan jig melalui perisian CATIA V5 R23. Melalui CAD (lukisan terbantu computer) ia akan diterjemahkan kepada CAM (Pemesinan dibantu komputer)dan seterusnya dipindahkan kepada mesin untuk melakukan proses pemesinan pada setiap komponen dan memasang keseluruhan komponen. Keputusan untuk pembangunan Jig pada penetapan masa bahan kerja dan masa penggunaanRobot Pengimpal dapat dikurangkan lebih dari 40% dan jig juga boleh digunakan untuk sambungan temu, sambungan tindih dan sambungan T, di mana ketiga-tiga sambungan digunakan dalam proses pembelajaran di Makmal Pencantuman Termaju. Kesimpulannya, Jig dibangunkan untuk memudahkan pelajarmengendalikan Robot pengimpal dan mengurangkan masa persediaan bahan kerja.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
T., NorfauziUNSPECIFIED
A.B., HadzleyUNSPECIFIED
AI., ziminUNSPECIFIED
I., FakhrulnaimUNSPECIFIED
B. J., HafizUNSPECIFIED
A., HassanUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Total quality management. Benchmarking
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Divisions: Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 62-78
Item ID: 20741
Uncontrolled Keywords: JIG robot; Pembelajaran; Pengajaran
Last Modified: 20 Jul 2018 08:52
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20741

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year