Metodologi penulisan isu kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam kitab Rasail al-Nur / Muaz Mohd Noor … [et al.]

Mohd Noor, Muaz and Suyurno, S. Salahudin and Abdul Kadir, Nor Adina and Abdul Razak, Abdul Qayuum and Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam (2017) Metodologi penulisan isu kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam kitab Rasail al-Nur / Muaz Mohd Noor … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_MUAZ MOHD NOOR M 17.pdf

Download (0B)

Abstract

Isu ‘nubuwwah‘ atau kenabian adalah salah satu isu dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi bukan sahaja dalam makalah penulisannya, bahkan turut dicernakan dalam pengamalan kehidupan sehariannya. Ianya telah menjadi rencana utama dakwah Said Nursi dalam usahanya mengangkat kembali akidah umat Islam, khususnya pada waktu itu, agar selari dengan akidah iman yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dalam melestari hikmah kenabian ini, Said Nursi telah membawa kerangka dakwah dan pemikiran yang berlandasakan metode kenabian, dengan mempraktikkan beberapa kaedah penulisan yang khusus berkaitan kenabian di dalam Rasail an-Nur. Maka dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan kaedah atau metodologi penulisan Said Nursi berkenaan isu kenabian, yang diadaptasi dari kitab beliau, Rasail an-Nur. Hasil dapatan kajian mendapati Said Nursi telah menggunakan beberapa metode penulisan, antaranya metode perbandingan, metode pengkisahan dan metode superlatif. Dalam kajian ini juga, penulis telah memasukkan penerangan khusus yang digunakan Said Nursi dalam metode superlatif bagi menggambarkan keulungan dan keagungan kenabian nabi Muhammad SAW mengatasi nabi-nabi yang lain, dalam usaha beliau membawa masyarakat kearah berkehidupan menurut gaya Islam yang sebenar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Mohd Noor, MuazUNSPECIFIED
Suyurno, S. SalahudinUNSPECIFIED
Abdul Kadir, Nor AdinaUNSPECIFIED
Abdul Razak, Abdul QayuumUNSPECIFIED
Mohd Aziz, Mohd Khairul NizamUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 21-33
Item ID: 19943
Uncontrolled Keywords: Metodologi Islam; Penulisan Islam; Badiuzzzaman Said Nursi; kitab Rasail al-Nur
Last Modified: 23 Mar 2018 07:57
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19943

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year