Pelaksanaan PBS guru-guru PSV hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik / Lee Hoi Yeh dan Mohd Zahuri Khairani

Lee, Hoi Yeh and Khairani, Mohd Zahuri (2016) Pelaksanaan PBS guru-guru PSV hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik / Lee Hoi Yeh dan Mohd Zahuri Khairani. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img]
Preview
Text
PRO_LEE HOI YEH M 16.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan (PBS) guru-guru PSV Hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik. PBS diperkenalkan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia, melahirkan masyarakat yang berdaya saing, mempunyai nilai moral yang tinggi dan relevan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat pendidikan negara. Fokus kertas kerja adalah meneliti kesediaan guru-guru PSV, bentuk-bentuk pengujian PBS, proses dan strategi pelaksanaan PBS guru-guru PSV Hilir Perak yang berkait hubung dengan estetik. Kajian kes ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Hilir Perak yang terdiri daripada tiga orang guru Sekolah Kebangsaan di bandar dan luar bandar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman visual dan kajian dokumen. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Manakala kajian ini akan menggunakan konsep-konsep estetik sebagai konsep utama dan modal Assure. Hasil dari kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengembangkan Pendidikan Seni Visual dalam kalangan pelajar di Hilir Perak dan memberi kefahaman kepada guru-guru PSV tentang pelaksanaan PBS yang berlandaskan estetik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Lee, Hoi YehUNSPECIFIED
Khairani, Mohd ZahuriUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching
N Fine Arts > N Visual arts (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 352-366
Item ID: 19873
Uncontrolled Keywords: Pelaksanaan; Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS); Pendidikan seni visual; Estetik
Last Modified: 21 Sep 2018 09:23
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19873

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year