Perhubungan awam pementasan teater tradisional Mek Mulung di Istana Budaya / Muhammad Izzat Mohd Ridzwan

Mohd Ridzwan, Muhammad Izzat (2016) Perhubungan awam pementasan teater tradisional Mek Mulung di Istana Budaya / Muhammad Izzat Mohd Ridzwan. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MUHAMMAD IZZAT MOHD RIDZWAN FF 16_5.pdf

Download (23kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti teknik perhubungan awam terbaik yang telah digunakan oleh persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB) terhadap pementasan teater Mek Mulung yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Dalam merungkai persoalan dan mencapai objektif kajian, kaedah kajian yang telah dipilih bagi melengkapkan kajian ini adalah kaedah campuran diantara kedua pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kedua pendekatan ini dipilih untuk dipraktikkan semasa menjalankan kajian ini adalah bagi mengukuhkan kenyataan dan hasil kajian yang telah diperolehi. Kajian ini juga turut mewacanakan teknik-teknik perhubungan awam yang manakah dirasakan paling sesuai dan berkesan untuk diguna pakai oleh pengamal perhubungan awam masa kini di dalam melaksanakan tugasan mereka khususnya dalam produksi teater tradisional. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara teknik dan strategi berkesan yang telah dipraktikkan di dalam produksi teater Mek Mulung adalah penghasilan siaran media yang berkesan, penggunaan bulk strategy dan juga penglibatan media baharu di dalam sesebuah proses perhubungan awam. Penulis juga berharap agar pengkaji pada masa akan datang akan menghasilkan lebih banyak kajian berkaitan perhubungan awam serta memberi fokus kepada sesebuah produksi teater bercorak tradisional.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mohd Ridzwan, Muhammad IzzatUNSPECIFIED
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 16877
Uncontrolled Keywords: Teater tradisional; Teater Mek Mulung; Istana Budaya
Last Modified: 23 May 2019 01:43
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16877

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year