The Roommate (2011) : permasalahan obsesi watak utama melalui teori psikoanalisis / Noor Nazurah Zulkepli

Zulkepli, Noor Nazurah (2016) The Roommate (2011) : permasalahan obsesi watak utama melalui teori psikoanalisis / Noor Nazurah Zulkepli. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
PPb_NOOR NAZURAH ZULKEPLI FF 16_5.pdf

Download (453kB)

Abstract

Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan obsesi melalui watak utama (Rebecca) di dalam filem The Roommate (2011), arahan Christian E.Christiansen. Kajian ini akan mengupas permasalahan obsesi melalui keperibadian, pemikiran dan kelakuan Rebecca dan ia akan dikaitkan dengan teori Sigmund Freud. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan obsesi yang dapat mengubah keperibadian watak utama di dalam filem The Roommate (2011) dan menjelaskan punca permasalahan obsesi ini terjadi di dalam diri Rebecca. Tambahan itu, ia juga akan membincangkan psikologi daripada sudut mise-en-scene. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat dan fakta. Daripada analisis yang telah dilakukan, keperibadian seseorang individu adalah dipengaruhi oleh tiga aspek utama daripada teori psikoanalisis yang diasaskan oleh ahli psikologi iaitu Sigmund Freud. Tiga aspek tersebut ialah aspek Id yang dipengaruhi oleh faktor biologi, aspek Ego yang dipengaruhi oleh faktor psikologi dan akhir sekali daripada aspek Superego yang dipengaruhi oleh faktor sosiologi seseorang individu tersebut. Kajian ini berharap agar dapat menjadi panduan di dalam bidang perfileman yang menerapkan kaedah psikologi di dalam filem.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Zulkepli, Noor NazurahUNSPECIFIED
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 16869
Uncontrolled Keywords: Teori psikoanalisis; The Roommate; Permasalahan obsesi; Watak utama
Last Modified: 27 May 2019 01:41
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16869

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year