Gejala sosial di Malaysia: pendekatan islam dan peranan pemimpin dalam usaha pencegahan / Rajwani Md. Zain, Khairullah Mokhtar and Mushaddad Hasbullah

Md. Zain, Rajwani and Mokhtar, Khairullah and Hasbullah, Mushaddad (2015) Gejala sosial di Malaysia: pendekatan islam dan peranan pemimpin dalam usaha pencegahan / Rajwani Md. Zain, Khairullah Mokhtar and Mushaddad Hasbullah. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka.

Abstract

Pembuangan bayi, lumba haram (rempit), penagihan dadah dan salah laku seksual merupakan antara beberapa masalah atau gejala sosial yang semakin membimbangkan berlaku di Malaysia. Lebih mendukacitakan kerana berdasarkan statistik yang dikeluarkan menunjukkan penglibatan kaum Melayu beragama Islam adalah yang tertinggi. Kertas kerja ini akan mengupas tentang gejala sosial yang berlaku di Malaysia dan memfokuskan kepada penglibatan mereka yang beragama Islam. Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan punca penglibatan individu tertentu dalam gejala sosial adalah kekurangan pendidikan agama. Justeru, satu analisis dan kupasan perlu dilakukan bagi menilai keadaan tersebut. Berdasarkan dalil tertentu melalui al-quran dan hadis menunjukkan Islam telah lengkap dengan setiap ajaran termasuk berkaitan dengan panduan kehidupan bersosial. Setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk mendepani gejala sosial ini, bermula daripada pemimpin negara, masyarakat sehinggalah pemimpin keluarga bertanggungjawab kepada orang yang berada di bawah pimpinan nya. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan peranan beberapa pemegang taruh (stakeholder) dalam usaha memberikan pendidikan dan pendedahan serta penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat umum. Melalui bidang pendidikan, pendedahan dan pendidikan agama Islam telah diperkenalkan seawal prasekolah, namun masih terdapat pihak yang mendakwa kekurangan pendidikan agama sebagai punca terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat.

Download

[img] Text
PRO_RAJWANI MD ZAIN M 15.pdf

Download (1MB)

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num.
Md. Zain, RajwaniUNSPECIFIED
Mokhtar, KhairullahUNSPECIFIED
Hasbullah, MushaddadUNSPECIFIED
Event Title: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015
Event Dates: 11-12 November 2015
Page Range: pp. 328-334
Item ID: 16625
Uncontrolled Keywords: Gejala sosial; Malaysia; Pendekatan islam; Pemimpin
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16625

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year