Klasifikasi fonem vokal subdialek Johor Bahru : kajian kes di Kampung Melayu Majidee / Nazrul Muhamin Abdul Aziz

Abdul Aziz, Nazrul Muhamin (2016) Klasifikasi fonem vokal subdialek Johor Bahru : kajian kes di Kampung Melayu Majidee / Nazrul Muhamin Abdul Aziz. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian klasifikasi fonem vokal subdialek Johor Bahru ini merupakan sebuah kajian kes yang tertumpu di Kampung Melayu Majidee. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menghuraikan tentang aspek fonetik dan fonologi. Tumpuan kajian ini ialah klasifikasi fonem vokal dan penyebaran fonem vokal dalam subdialek Johor Bahru di Kampung Melayu Majidee. Data yang digunakan adalah data primer yang diperoleh daripada hasil kajian lapangan iaitu rakaman suara secara langsung. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lima orang penutur natif subdialek Johor Bahru di Kampung Melayu Majidee. Setiap data yang diperoleh tersebut ditranskripsi dan dianalisis dengan berpandukan Teori Fonologi Generatif yang dikemukakan oleh Noam Chomsky (1957). Hasil analisis secara terperinci menunjukkan bahawa terdapat lapan klasifikasi fonem vokal dalam subdialek Johor Bahru yang telah ditentukan status fonemnya melalui pasangan minimal dan pasangan minimal terdekat iaitu /i/, /u/, /e/, /o/, Ɛ/, /ɔ/ dan /a/. Seterusnya, setiap fonem vokal ini tersebar pada lingkungan suku kata awal, tengah dan akhir. Namun, penyebaran fonem vokal /Ɛ/ hanya terdapat pada lingkungan suku kata awal dan akhir sahaja. Begitu juga dengan penyebaran fonem vokal /ɔ/ yang hanya terdapat pada lingkungan tengah kata dan akhir kata sahaja. Kajian ini juga memperlihatkan penyebaran fonem vokal ini daripada struktur dalaman kepada struktur luaran yang melibatkan tiga proses fonologi seperti proses struktur suku kata, proses neutralisasi dan pendiftongan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NAZRUL MUHAMIN ABDUL AZIZ APB 16_5.pdf] Text
PPb_NAZRUL MUHAMIN ABDUL AZIZ APB 16_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16214

Indexing

Statistic

Statistic details