Jenis perancangan, strategi dan kesan pelaksanaan festival citrawarna Malaysia untuk mempromosikan budaya warisan / Siti Mariah Safiah Mahamood

Mahamood, Siti Mariah Safiah (2015) Jenis perancangan, strategi dan kesan pelaksanaan festival citrawarna Malaysia untuk mempromosikan budaya warisan / Siti Mariah Safiah Mahamood. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
PPb_SITI MARIAH SAFIAH MAHAMOOD FF 15_5.pdf

Download (104kB)

Abstract

Festival Citrawarna Malaysia merupakan sebuah festival tahunan yang berkonsepkan kebudayaan. Di dalam memasarkan produk yang tidak ketara, ia memerlukan perancangan yang efektif dan strategi pemasaran yang berkesan. Teori sinergi digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Oleh itu, satu kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif telah diadakan untuk mengumpulkan data. Seramai 386 responden dan seorang informan terlibat di dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis perancangan dan jenis strategi pemasaran yang digunakan oleh pihak penganjur untuk menjayakan festival ini di samping menganalisis tahap keberkesanan pelaksanaan Festival Citrawarna Malaysia untuk mempromosikan budaya warisan. Dapatan kajian mendapati, jenis perancangan dan strategi pemasaran yang digunakan saling berhubungkait kerana ia telah memberi kesan positif kepada masyarakat tempatan dan terus mengekalkan budaya warisan yang dimiliki. Oleh itu, penyelidik berharap agar kajian terhadap jenis strategi pemasaran yang berasaskan produk kebudayaan dapat dipelbagaikan melalui kajian ilmiah pada masa akan datang.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mahamood, Siti Mariah SafiahUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
P Language and Literature > PN Literature (General) > Visualization
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15949
Uncontrolled Keywords: Jenis perancangan; strategi; kesan pelaksanaan; festival citrawarna Malaysia; budaya warisan
Last Modified: 03 Jan 2017 14:26
Depositing User: Staf Pendigitalan 4
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15949

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year