The journey (2014): bahasa filem dari perspektif semiotik / Nur Syahirah Osman

Osman, Nur Syahirah (2015) The journey (2014): bahasa filem dari perspektif semiotik / Nur Syahirah Osman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisa filem dari perspektif semiotik melalui filem yang dipilih, The Journey (2014). Berbanding menggunakan percakapan dan bahasa, filem merupakan sebuah medium dalam menyampaikan penceritaan. Semiotik merupakan perlambangan yang membawa kepada sesuatu maksud yang lain. Antara dua aspek yang menyumbang kepada teknik penyampaian dalam penggunaan bahasa semiotik ialah sinematografi dan penyuntingan. Semiotik akan menyampaikan tanda melalui visual. Visual yang digunakan pula akan difahami melalui penanda dan petanda. Apabila sesuatu visual itu sudah difahami, ia akan diterjemahkan melalui teknik petanda dan penanda. Bagi memahami kajian ini, kaedah kualitatif melalui tekstual analisis telah digunakan. Melalui kajian ini, segala mesej yang tersirat disebalik filem The Journey turut dapat dibincangkan serta dianalisis. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti adegan-adegan yang mengandungi pemaknaan semiotik melalui elemen bahasa filem dalam filem The Journey dan menganalisis semiotik yang terkandung dalam filem The Journey. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengarah telah menggunakan kesemua pecahan bahasa filem meliputi sinematografi, mise-en-scene dan penyuntingan untuk mewujudkan semiotik. Selain itu, semiotik yang wujud telah membuktikan filem The Journey (2014) sebagai sebuah filem yang digunakan untuk menyampaikan budaya. Segala mesej yang tersirat disebalik filem The Journey telah dibincangkan serta dianalisis.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Nur Syahirah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > General special. Including criticism, aesthetics, etc. Film genres. Semiotics. Illusion in motion pictures
P Language and Literature > PN Literature (General) > Visualization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Analisa filem; The journey (2014); Bahasa filem; Semiotik; Visual
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15943
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR SYAHIRAH OSMAN FF 15_5.pdf] Text
PPb_NUR SYAHIRAH OSMAN FF 15_5.pdf

Download (175kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15943

Indexing

Statistic

Statistic details