Penjenamaan semula artis Malaysia dan Liyana Fizi: satu kajian di kalangan pendengar muzik Malaysia / Nabil Fikri Muhammad Fairuz

Muhammad Fairuz, Nabil Fikri (2015) Penjenamaan semula artis Malaysia dan Liyana Fizi: satu kajian di kalangan pendengar muzik Malaysia / Nabil Fikri Muhammad Fairuz. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penjenamaan semula artis adalah bertujuan untuk menampilkan imej dan pakej baru supaya relevan dalam perkembangan industri muzik Malaysia masa kini. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh artis di Malaysia bagi meningkatkan populariti, kesedaran dan permintaan pendengar muzik terhadap hasil kreatif mereka. Walaubagaimanpun, setelah 2 tahun usaha Liyana Fizi menjalankan proses penjenamaan semula, nama beliau masih tidak dikenali dikalangan pendengar muzik Malaysia. Selain itu, kekurangan tenaga pakar dalam bidang pemasaran industri kreatif dan persaingan sengit dengan kemasukkan karya-karya daripada negara jiran menyebabkan kurangnya keberkesanan proses penjenamaan semula. Maka, satu kajian berbentuk kuantitatif telah dijalankan, di mana borang soal kaji selidik telah dijadikan instrumen
kajian bagi mengumpul data informasi menggunakan aplikasi Google Forms. Seramai 314 responden mewakili pendengar muzik di Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini iaitu sebanyak 78.5%. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap keberkesanan dan potensi penjenamaan semula terhadap artis Malaysia dan Liyana Fizi di kalangan pendengar muzik Malaysia. Dapatan kajian ini mendapati pendengar muzik Malaysia sedar dan telah memberi kesan dalam proses
penjenemaan semula artis Malaysia dan Liyana Fizi. Selain itu, potensi penjenamaan semula dapat memberi impak yang positif terhadap artis di Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad Fairuz, Nabil Fikri
UNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music
P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Penjenamaan; Artis Malaysia; Liyana Fizi; Pendengar muzik; Malaysia; Industri muzik Malaysia
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15939
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NABIL FIKRI BIN MUHAMMAD FAIRUZ FF 15_5.pdf] Text
PPb_NABIL FIKRI BIN MUHAMMAD FAIRUZ FF 15_5.pdf

Download (135kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15939

Indexing

Statistic

Statistic details