Interpretasi sosial masyarakat distopia di dalam filem The Hunger Games: Catching Fire (2013) / Amzar Razali

Razali, Amzar (2015) Interpretasi sosial masyarakat distopia di dalam filem The Hunger Games: Catching Fire (2013) / Amzar Razali. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Shah Alam. (Unpublished)

Abstract

Distopia telah menjadi trend pada kebanyakan filem keluaran Hollywood baru-baru ini. Kajian ini telah dilakukan merangkumi tafsiran sesebuah masyarakat fiksyen distopia di dalam filem The Hunger Games: Catching Fire (2013), ditulis oleh Suzanne Collins. Data kajian dianalisis melalui mengenal pasti kenyataan yang terdapat di dalam penceritaan The Hunger Games: Catching Fire serta merujuk kajian-kajian lepas. Secara keseluruhan, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif terhadap content analysis. Analisis ini mengandungi naratif filem tersebut, unsur-unsur masyarakat distopia dan rujukan daripada penulis distopia. Melalui kajian yang dilakukan juga akan menilai aspek isu sosial seperti ekonomi, politik, kebudayaan dan keagamaan yang terdapat di dalam filem ini; juga menggunakan teori sosial stratifikasi oleh Max Weber untuk dihubungkan dengan masyarakat distopia di dalam filem The Hunger Games: Catching Fire. Terdapat tiga komponen stratifikasi sosial oleh Max Weber iaitu kelas, status dan kuasa. Akhirnya, membuat kesimpulan bahawa apakah isu sosial dunia sebenar yang terdapat di dalam filem The Hunger Games: Catching Fire. Kajian telah menemui bahawa masyarakat distopia di dalam filem ini telah ditadbir oleh sebuah kerajaan yang bersifat autokrasi dan mempunyai kuasa atas kawalan sosial seperti yang terdapat di dalam dunia realiti. Oleh itu, filem dan masyarakat berkait satu sama lain kerana penceritaan sesebuah filem itu terjadi atas pemikiran manusia yang mempunyai pengalaman sosial sekelilingnya.

Download

[img] Text
PPb_AMZAR RAZALI FF 15_5.pdf

Download (309kB)

Metadata

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Razali, AmzarUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > General special. Including criticism, aesthetics, etc. Film genres. Semiotics. Illusion in motion pictures
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15882
Uncontrolled Keywords: Distopia; Interpretasi Sosial; Masyarakat Distopia; Filem The Hunger Games
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15882

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year