Kesyumulan konsep reda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). / Nabila Farha Johar

Johar, Nabila Farha (2013) Kesyumulan konsep reda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). / Nabila Farha Johar. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_NABILA FARHA JOHAR FF 13_5.pdf

Download (250kB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada kesyumulan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak. Syumul merupakan satu terma yang membawa konotasi sebagai sesuatu yang bersifat menyeluruh. Sementara, redai merupakan sebuah konsep yang melibatkan kerelaan hati dalam menghadapi apa yang telah ditakdirkan terjadi. Penumpuan terhadap kajian ini melibatkan tiga objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen reda. Objektif yang kedua adalah untuk menganalisis konsep reda yang membawa kepada tindakan watak dalam filem dan yang terakhir sekali adalah untuk menginterpretasi konsep reda dalam mempengaruhi tindakan watak dalam filem. Dua buah filem akan digunakan sebagai sampel kajian iaitu Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009). Dalam menganalisis berkenaan konsep reda yang membawa kepada tindakan watak, penggabungan dua pendekatan iaitu antara sudut pandang Islam dan barat bakal digunakan bagi menjalankan kajian ini. Kelangsungan dua pendekatan yang akan bertemu titik persamaan sekali gus, selari dengan matlamat kajian yang akan dijalankan iaitu dalam mengkaji tindakan dan tindak balas manusia berdasarkan konsep reda. Pendekatan konsep reda yang dibawa oleh As-Syeikh Ahmad Ridha’ dan Muhammad Khalid Thabit akan diaplikasikan di dalam kajian ini di samping, pendekatan behaviorisme yang bakal digunakan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Johar, Nabila FarhaUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Love in motion pictures. Romance films
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion pictures and women. Women in motion pictures. Including gifted women, feminism, and feminist films
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15870
Uncontrolled Keywords: Watak; Konsep; Konotasi; Ketika Cinta Bertasbih 1; Ketika Cinta Bertasbih 2
Last Modified: 16 Dec 2016 00:36
Depositing User: Staf Pendigitalan 4
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15870

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year