Kajian mengenai kaedah penc arian maklumat di kalangan pelajar Fakulti Penga Jian Maklumat Di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor / Jaslee Juphu

Juphu, Jaslee (2003) Kajian mengenai kaedah penc arian maklumat di kalangan pelajar Fakulti Penga Jian Maklumat Di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor / Jaslee Juphu. Student Project. Faculty of Information Management, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_JASLEE JUPIRI IM 03_5.pdf

Download (4MB)

Abstract

Matlamat utama kajian ini adalah untuk meninjau kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian), Fakulti Pengajian Maklumat, di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Secara umumnya, kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar boleh dikategorikan kepada dua jenis kaedah iaitu kaedah pencarian bersistematik dan kaedah pencarian secara bebas. Berdasarkan kepada dua kategori kaedah pencarian ini, kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian) telah menggunakan kaedah pencarian yang bersistematik dalam mencari maklumat serta bahan di perpustakaan. Di samping itu, ia juga mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pencarian maklumat yang terdapat di perpustakaan. Kaedah yang paling efektif di PTAR 1 ialah kaedah OPAC (Online Public Access Catalog) atau dalam bahasa melayunya Katalog Umum Atas Talian. Sehubungan itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oieh pelajar semasa mencari maklumat di perpustakaan seperti kurang kemahiran mencari maklumat, kurang pengetahuan tentang bidang yang dikaji dan kurang keyakinan dalam menggunakan kaedah pencarian maklumat yang disediakan di perpustakaan. Secara keseluruhannya, kaedah pencarian maklumat di kalangan pelajar adalah berasaskan kepada status bidang pengajian mereka yang mana telah mendorong mereka menjurus kepada penggunaan kaedah pencarian maklumat yang bersistematik.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Juphu, JasleeUNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > ZA Information resources (General) > Electronic information resource searching
Divisions: Faculty of Information Management
Item ID: 15758
Uncontrolled Keywords: Kaedah pencarian maklumat
Last Modified: 04 Jan 2017 09:16
Depositing User: Staf Pendigitalan 3
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15758

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year