Kedudukan subjek dalam aspek komposisi: Kajian terhadap Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) / Mohd Afnan Mohd Fauzi

Mohd Fauzi, Mohd Afnan (2014) Kedudukan subjek dalam aspek komposisi: Kajian terhadap Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) / Mohd Afnan Mohd Fauzi. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MOHD AFNAN MOHD FAUZI FF 14_5.pdf

Download (93kB)

Abstract

Aspek komposisi kebiasaannya dijelmakan menerusi kedudukan kamera dan susun atur set, prop dan pelakon. Melalui komposisi yang terhasil, pengarah cuba untuk menyampaikan maksud atau menyatakan makna tertentu terhadap babak dalam filem. Malah komposisi yang dihasilkan mampu untuk memberi satu perasaan yang kurang menyenangkan terhadap penonton. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan filem hikayat yang telah diadaptasi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) arahan Yusy Abdul Halim. Kajian ini akan mengupas kedudukan subjek dalam aspek komposisi serta dikaitkan dengan sinematik elemen menerusi mise-en-scene dan sinematografi. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa komposisi sangat penting di dalam visual yang mampu untuk mencetuskan perasaan kepada penonton. Di samping itu, komposisi yang dihasilkan juga disulami dengan makna tertentu yang menjadikan suatu babak itu mempunyai maksud tersirat di sebalik visual yang dihasilkan. Paradigm kajian ini bersifat kualitatif dengan memfokuskan teks filem sebagai objek analisis. Antara kaedah kajian utama yang digunakan adalah analisis kandungan, kajian perpustakaan dan internet, dan penontonan babak ke babak

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mohd Fauzi, Mohd AfnanUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Epic films
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15116
Uncontrolled Keywords: Aspek komposisi; susun atur set, prop dan pelakon
Last Modified: 21 Oct 2016 04:56
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15116

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year