Projek teater Samaya: Aplikasi muzik dalam Atmosfera Dhani / Mohd Daniel Emirrul Mohamed Nooh

Mohamed Nooh, Mohd Daniel Emirrul (2014) Projek teater Samaya: Aplikasi muzik dalam Atmosfera Dhani / Mohd Daniel Emirrul Mohamed Nooh. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Muzik ini sangat luas dan universal dimana setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza bagi merasakan suasana untuk mendengarkannya serta menikmatinya. Didalam persembahan teater adalah hampir mustahil untuk kita menonton tanpa sebarang elemen muzik ini kerana bahawa fungsi muzik yang kita dengar bukanlah sekadar hiburan semata-mata ataupun penggerak kepada jalan cerita sesebuah teater. Malah menurut Aristotle, muzik dalam lakonan mengandungi tiga elemen utama iaitu ritma, tempo dan pace yang mana mampu memberi kesan dalaman yang melibatkan jiwa dan menjana emosi pelakon. Justeru, didalam projek Teater Samaya, pengkaji mahu kajian dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti apakah ciri-ciri atau elemen yang boleh diaplikasikan untuk diserap dalam pembentukan lakonan dari segi emosi dan lontaran dialog. Menurut pendekatan teori James Thomas, ada beberapa fasa dalam lakonan dimana melalui muzik dapat memberi kesan terhadap mutu lakonan. Jadi pengkaji mahu menjadikan aplikasi muzik sebagai tiang utama untuk menjana emosi dan membentuk watak pelakon dengan suasana yang sesuai. Ini kerana dengan tiga elemen ini, pelakon atau pendengar boleh menukar emosinya ketika mendengar muzik, mengekspresikan emosi, membuatkan pelakon menjadi tenang dan selesa, dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada. Aplikasi muzik dalam pembentukan lakonan ini sangat penting kerana, muzik dapat menaikkan emosi dan mood seseorang pelakon supaya dapat menyampaikan watak yang dikaji dengan cara yang lebih berkesan. Oleh yang demikian, aplikasi ini nanti akan diadakan melalui pemerhatian, temu bual serta aplikasi didalam latihan dan pementasan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pemahaman mengenai muzik dan aplikasinya didalam pembentukan lakonan pentas.

Download

[img] Text
PPb_MOHD DANIEL EMIRRUL MOHAMED NOOH FF 14_5.pdf

Download (247kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year