Pembentukan watak perwatakan berdasarkan teori psikologi psikoanalisis / Nur Athirah Mohamad Asri

Mohamad Asri, Nur Athirah (2014) Pembentukan watak perwatakan berdasarkan teori psikologi psikoanalisis / Nur Athirah Mohamad Asri. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_NUR ATHIRAH MOHAMAD ASRI FF 14_5.pdf

Download (397kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi mendapat pemahaman tentang mereka yang mengalami masalah psikologi, di mana masalah ini boleh menjadi serius jika tidak dibendung pada peringkat awal. Namun dalam institusi kekeluargaan, jika terdapat ahli keluarga yang menghadapi masalah ini berkemungkinan boleh memberi kesan kepada ahli keluarga lain akibat daripada tekanan. Proses pemikiran idea bagi pembentukan watak dan kajian juga dijalankan pada masa yang sama dan didapati bahawa teori psikoanalisis iaitu pecahan daripada masalah-masalah psikologi ini mengenengahkan ciri-ciri yang bertepatan untuk membentuk watak perwatakan dalam projek novel Firefree. Kajian ilmiah serta penulisan novel ini dijalankan untuk memberi pemahaman serta pengajaran baru kepada semua peringkat umur. Ini kerana isu psikologi sering dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia umumnya. Kajian ilmiah ini akan mengemukakan beberapa objektif kajian, antaranya ialah mengenalpasti konsep psikologi dan teori psikoanalisis, mengimplementasikan kajian tentang konsep psikologi dan teori psikoanalisis kepada watak antagonis dan protagonis dan ketiga, menghasilkan kajian yang membantu perkembangan proses kreatif novel Firefree. Kaedah kajian yang akan digunakan di dalam kajian ilmiah ini ialah kaedah kualitatif. Disini kajian akan dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan data daripada buku, artikel, jurnal, kajian tesis terdahulu dan internet. Hasil daripada kajian yang terperinci terhadap teori psikoanalisis telah berjaya diterapkan ke dalam watak dan perwatakan di dalam novel Firefree dan secara tidak langsung membantu perkembangan struktur naratif.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mohamad Asri, Nur AthirahUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Writing in motion pictures
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15106
Uncontrolled Keywords: Novel Firefree; Perkembangan struktur naratif; Masalah psikologi
Last Modified: 09 Nov 2016 05:02
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15106

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year