Aspek pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan / Zuraidah Mat Nasir

Mat Nasir, Zuraidah (2014) Aspek pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan / Zuraidah Mat Nasir. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_ZURAIDAH MAT NASIR FF 14_5.pdf

Download (172kB)

Abstract

Pemuliharaan dan penyesuaigunaan bangunan warisan adalah satu proses mengubah fungsi asal bangunan warisan ke satu fungsi lain yang dirasakan dapat mengoptimakan penggunaan bangunan warisan sedia ada. Pemilihan fungsi baru yang sesuai merupakan faktor penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah bangunan warisan yang disuaiguna. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula terhadap bangunan bersejarah yang telah diberikan nafas baru dan dimanfaatkan secara bersama. Oleh itu, tujuan kajian pemuliharaan dan penyesuaigunaan semula bangunan warisan dijalankan adalah memastikan bangunan tersebut terus dipelihara untuk generasi akan datang. Pendekatan kajian yang digunakan adalah berdasarkan sepuluh prinsip kerja pemuliharaan bangunan warisan yang dikemukakan oleh Fielden. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu terbahagi kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer merangkumi kaedah temubual, pemerhatian kawasan dan fotografi. Manakala sumber sekunder adalah daripada rujukan perpustakaan dan internet. Hasil kajian yang diperolehi dapat menunjukkan bahawa pemuliharaan bangunan IAT menggunakan sepuluh prinsip daripada Fielden. Penyelidikan ini juga telah dapat memberikan cadangan khususnya dalam menguruskan kerja pemuliharaan dan penyesuaigunaan bangunan warisan dengan lebih efisien.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mat Nasir, ZuraidahUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics
N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15081
Uncontrolled Keywords: Pemuliharaan, Penyesuaigunaan, Istana Ampang Tinggi
Last Modified: 09 Nov 2016 02:40
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15081

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year