Pembinaan penderia pH gentian optik pintar berasaskan reagen terpegun dan rangkaian neural tiruan (ANN) / Faiz Bukhari Mohd Suah … [et al.]

Mohd Suah, Faiz Bukhari and Ahmad, Musa and Md Jani, Abdul Mutalib and Taib, Mohd Nasir (2005) Pembinaan penderia pH gentian optik pintar berasaskan reagen terpegun dan rangkaian neural tiruan (ANN) / Faiz Bukhari Mohd Suah … [et al.]. Jurnal Intelek, 3 (1). pp. 51-67. ISSN 2231-7716

Abstract

Penderia pH gentian optik berasaskan reagen terpegun dan pengoptimuman rangsangannya menggunakan rangkaian neural tiruan (artificial neural network, ANN) telah dibangunkan dalam kajian ini. Penunjuk pH iaitu bromotimol biru (BTB) telah dipilih sebagai reagen. Reagen ini telah dipegunkan di atas kopolimer Amberlite XAD 7 dengan kaedahjerapan. Teknik spektroskopi pantulan digunakan untuk pencirian reagen yang terpegun di atas Amberlite XAD 7. Penggunaan ANN dalam pengoptimuman rangsangan penderia pH gentian optik berasaskan reagen yang dipegunkan di atas Amberlite XAD 7 ini telah berjaya melebarkanjulat rangsangan linear penderia darijulat yang terhad (pH 6.00-8.00 bagi BTB) kepada julat yang lebih baik iaitu pH 2.00-11.50. Pengoptimuman rangsangan penunjuk pH ini tidak dapat
dilakukan untuk keseluruhan julatpH 1.00-14.00 kerana masalah pelunturan kimia terhadap reagen yang dipegunkan. Ralat purata bagi penentuan pH bagi larutan yang tidak diketahui adalah 0.03 unit pH untuk BTB terpegun pada Amberlite XAD 7.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Suah, Faiz Bukhari
UNSPECIFIED
Ahmad, Musa
UNSPECIFIED
Md Jani, Abdul Mutalib
UNSPECIFIED
Taib, Mohd Nasir
dr.nasir@ieee.org
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Periodicals, societies, congresses, serial publications
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Unit of Research, Development and Commercialization (URDC)
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2231-7716
Volume: 3
Number: 1
Page Range: pp. 51-67
Keywords: Gentian optik pintar; Reagen terpegun; Rangkaian neural tiruan (ANN)
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14685
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_FAIZ BUKHARI MOHD SUAH JI 05.pdf] Text
AJ_FAIZ BUKHARI MOHD SUAH JI 05.pdf

Download (34MB)

ID Number

14685

Indexing

Statistic

Statistic details