Keberkesanan kursus bahasa Arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM Zon Utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli dan Idris Mansor

Awang @ Mohd Ramli, Abdul Basir and Mansor, Idris (2005) Keberkesanan kursus bahasa Arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM Zon Utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli dan Idris Mansor. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC), Shah Alam. (Submitted)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian keberkesanan kursus bahasa Arab dari segi pertuturan ini amat penting memandangkan aspek pertuturan adalah asas utama sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat faktor pemilihan bahasa ini sebagai bahasa ketiga dan pengaruhnya terhadap pertuturan. Seterusnya mengkaji tahap kebolehan bertutur pelajar selepas mengikuti kursus ini selama dua semester dan mencari kaedah pembplajaran yang terbaik untuk pertuturan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual. Seramai 150 orang responden dari UiTM Kedah dan Perlis dipilih untuk soal selidik dan 46 orang untuk temubual . Kaedah pemilihan yang digunakan ialah kaedah persempelan rawak berstrata. Sebahagian data telah dianalisis dengan menggunakan Statistikal Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Manakala sebahagian lagi dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan. Hasil kajian menunjukkan responden dapat bertutur bahasa Arab dengan baik berdasarkan objektif kursus BAB 101 dan BAB 151. Antara faktor utama keberkesanan ini ialah minat dan kefahaman pelajar yang jelas terhadap kepentingan Bahasa Arab. Selain itu teknik yang sesuai digunakan untuk pertuturan ialah teknik pengulangan bacaan dan kepelbagaian aktiviti. Faktor kekurangan perbendaharaan dan ketiadaan situasi yang menggunakan Bahasa Arab dikenalpasti sebagai faktor penghalang komunikasi. Untuk memperbanyakkan perbendaharaan kata para pelajar perlu diperluaskan skop perbincangan, bukan sekadar yang terdapat dalam buku teks atau latihan sahaja. Mereka juga perlu didedahkan dengan buku-buku bacaan sampingan yang mudah. Para pelajar juga perlu diberi kefahaman tentang bahasa ini agar tidak timbul soal negatif seperti bahasa yang susah dan sebagainya. Kajian yang seterusnya perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana kepentingan bahasa Arab ini dalam kehidupan khususnya di alam pekerjaan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Awang @ Mohd Ramli, Abdul BasirUNSPECIFIED
Mansor, IdrisUNSPECIFIED
Subjects: UNSPECIFIED
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Item ID: 1406
Uncontrolled Keywords: Kursus Bahasa Arab; Proses Pembelajaran
Last Modified: 18 Dec 2017 05:30
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1406

Actions (login required)

View Item View Item