Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan

Abu Hassan, Badrul Redzuan (2006) Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan. Jurnal Skrin Malaysia, 3. pp. 233-245. ISSN 1823-1020

Abstract

Sebagai sebuah wahana yang luwes, pembikinan filem merupakan
proses kesenian yang semestinya mencabar seorang karyawan filem memperlihatkan daya imaginasi dan kreativiti sinematiknya. Beliau bertanggungjawab menentukan kod-kod sinematik yang untuk dimanipulasikan dalam filemnya untuk menjadikan naratif sesebuah filem itu dipikul dan dikuasai oleh kekuatan naratif semiotiknya. Inilah antara cabaran besar khalayak filem yang mungkin "menonton" dengan mata yang "rabun" tetapi tidak celik "membaca" kod-kod sinematik yang disulam halus oleh pengarah dan editor filem. Bertolak daripada tanggapan ini, makalah ini mencadangkan bahawa filem SEPET arahan Yasmin Ahmad ini telah menggunakan beberapa aspek sinematik filem yang telah mencabar khalayaknya dalam menemukan interpretasi atau semantik filem
yang tuntas. Dengan memfokus kepada babak tragis di penghujung filem ini, makalah ini akan cuba mendekonstruksikan kod-kod sinematik yang sepatutnya dibaca oleh khalayak dalam usaha membina sesuatu interpretasi yang kreatif serta kesimpulan yang munasabah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Hassan, Badrul Redzuan
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Semantics
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Journal or Publication Title: Jurnal Skrin Malaysia
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Skrin Malaysia
ISSN: 1823-1020
Volume: 3
Page Range: pp. 233-245
Keywords: Filem Malaysian, semantik, sinematik
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11597
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_BADRUL REDZUAN ABU HASSAN JSM 06 1.pdf] Text
AJ_BADRUL REDZUAN ABU HASSAN JSM 06 1.pdf

Download (777kB)

ID Number

11597

Indexing

Statistic

Statistic details