Adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam : satu kajian kes di Selangor / Asmawati Suhid

Suhid, Asmawati (2006) Adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam : satu kajian kes di Selangor / Asmawati Suhid. Jurnal CITU, 2 (1). pp. 53-66. ISSN 1823-6146

Abstract

Pendidikan mempunyai kaitan dengan nilai. Al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa pendidikan menanam perangai baik dalam diri pelajar supaya mereka "dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, pendidikan nilai itu penting dan pendidikan nilai dalam Pendidikan Islam (PI) mampu menangani kegawatan sosial dan moral serta menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Mulai 1987, PI wajib diambil oleh pelajar beragama Islam. Sepanjang perlaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan, antaranya ialah, PI kurang berkesan dari sudut pembinaan akhlak pelajar. Untuk menangani kelemahan ini, mulai 2003 komponen Adab Dan Akhlak Islam (AAI) diperkenalkan dalam PI. Bagaimanapun, tidak terdapat maklumat tentang kesesuaiannya dari sudut kesediaan pembelajaran pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesesuaian pengagihan subbidang pembelajaran dalam komponen AAI menurut persepsi guru di peringkat prauniversiti. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan deskriptif untuk mendapatkan data kuantitatif di daerah Hulu Langat dan Petaling, Selangor. Untuk mendapatkan sampel kajian, penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Untuk kajian ini, satu soal selidik tinjauan digunakan. Dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS), data yang diperoleh menunjukkan bahawa beberapa perubahan pada pengagihan subbidang pembelajaran AAI perlu dilakukan.

Download

[img] Text
AJ_ASMAWATI SUHID CITU 06.pdf

Download (568kB)

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num.
Suhid, AsmawatiUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia
Divisions: Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
Journal or Publication Title: Jurnal CITU
ISSN: 1823-6146
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 53-66
Item ID: 11535
Uncontrolled Keywords: Adab, Akhlak, Pendidikan Islam, Malaysia
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11535

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year