Setinggan : Masalah dan pemilihan rumah dalam proses penempatan semula / Abdul Ghaffar Yusop … [et al.]

Yusop, Abdul Ghaffar and Jamaludin, Azman and Hamzah, Che Leman and Mohd Hashim, Ismail and Mohd Abdullah, Md Razali and Tahir, Mohd Yusof (1988) Setinggan : Masalah dan pemilihan rumah dalam proses penempatan semula / Abdul Ghaffar Yusop … [et al.]. Student Project. Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_ABDUL GHAFFAR YUSOP AM 88_5 P01.pdf

Download (194kB) | Preview

Abstract

Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah rumah. Kawasan setinggan adalah merupakan kawasan perumahan yang tidak teratur . Rumah-rumah yang didirikan tidak tersusun dan tidak terdapat segala kemudahan infrastruktur atau pun terlalu sedikit. Biasanya kawasan setinggan adalah berhampiran dengan bandar-bandar besar . Kerajaan menghadapi masalah yang agak besar mengenai setinggan ini . Oleh itu kerajaan telah, sedang dan akan terus berusaha untuk menempatkan semula penduduk-penduduk setinggan kekawasan perumahan yang lebih teratur dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Pada umumnya penduduk-penduduk setinggan adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah walaupun tidak dapat dinafikan terdapat juga dikalangan mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Justeru itu kerajaan telah merancang dan melaksanakan berbagai-bagai projek petempatan yang sesuai dan selesa . Diantara projek-projek itu termasuklah projek kampung tersusun, rumah-rumah teres kos rendah dan rumah-rumah pangsa berharga rendah sejajar dengan pendapatan dan kemampuan mereka . Melalui kertas projek ini , kami akan cuba menerangkan peranan agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan petempatan untuk penduduk setinggan disamping mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi tersebut dan sambutan dari pihak penduduk-penduduk setinggan sendiri. Seterusnya kami melalui kajian ini akan cuba mendapatkan maklum balas dari penduduk-penduduk setinggan tentang projek-projek kerajaan dan cuba mengkaji diantara rumah teres dan pangsa kos rendah, yang mana menjadi pilihan mereka berserta sebab-sebab. Dengan ini kami berharap agensi-agensi yang terlibat dapat menggunakan sedikit sebanyak kajian ini sebagai panduan untuk menjalankan projek perumahan dimasa akan datang.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Yusop, Abdul GhaffarUNSPECIFIED
Jamaludin, AzmanUNSPECIFIED
Hamzah, Che LemanUNSPECIFIED
Mohd Hashim, IsmailUNSPECIFIED
Mohd Abdullah, Md RazaliUNSPECIFIED
Tahir, Mohd YusofUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Item ID: 1114
Last Modified: 29 Oct 2018 08:57
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year