Produk makanan halal : amalan kepenggunaan masyarakat Islam di Shah Alam / Zakiah Samori, Amal Hayati Ishak and Nurul Himmah Kassan

Samori, Zakiah and Ishak, Amal Hayati and Kassan, Nurul Himmah (2011) Produk makanan halal : amalan kepenggunaan masyarakat Islam di Shah Alam / Zakiah Samori, Amal Hayati Ishak and Nurul Himmah Kassan. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_ZAKIAH SAMORI RMI 11_5 1.pdf

Download (227kB) | Preview

Abstract

Kepentingan aspek halal dalam setiap keperluan sehahan pengguna Islam umumnya dan juga produk makanan khusunya mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Isu makanan adalah satu perkara yang penting dalam Islam dan mesti dititikberatkan oleh setiap individu Muslim kerana la melibatkan perkembangan jasmani dan rohani. Kajian ini melihat amalan kepenggunaan Masyarakat Islam di Shah Alam terhadap produk makanan halal. Populasi kajian terdiri daripada masyarakat Islam sekitar Shah Alam. Kajian ini dilengkapi dengan kaedah perpustakaan dan berbentuk tinjauan dengan pengedaran borang soal selidik sebagai medium utama untuk mendapatkan data. Seramai 641 responden telah terlibat dalam menjayakan kajian. Dapatan kajian mendapati sebahagian besar responden sedar dan prihatin mengenai kepentingan produk makanan halal dengan mengambil langkah tertentu seperti meneliti logo halal yang diiktiraf JAKIM sebelum membuat pembelian. Manakala tahap kefahaman responden terhadap produk halal pula berada pada tahap sederhana kerana mereka belum lagi menguasai terma-terma saintifik yang berkaitan dengan kod-kod kandungan yang diharamkan dalam sesuatu produk. Hasil kajian ini dapat memberi informasi kepada masyarakat Islam supaya mengambil berat tentang sumber makanan halal. Dapatan hasil penyelidikan ini akan dijadikan panduan asas kepada UiTM dan JAKIM bagi mengenai pasti tahap keprihatinan masyarakat Islam terhadap makanan halal dan logo halal serta mengenai pasti kaedah yang sesuai bagi memantapkan lagi kesedaran mereka terhadap produk makanan halal contohnya pangkalan data produk halal.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Halal, makanan produk, kepenggunaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 16 Jun 2014 04:08
Last Modified: 26 May 2016 08:16
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8708

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year