Pengurusan taman rekreasi. Kes kajian : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur / Fadzilah Ahmad

Fadzilah, Ahmad (1996) Pengurusan taman rekreasi. Kes kajian : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur / Fadzilah Ahmad. Student Project. Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PP_FADZILAH AHMAD 96_5 1.pdf

Download (136kB) | Preview

Abstract

Pengurusan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu dijalankan ke atas setiap jenis harta. lanya termasuklah harta yang berjenis perniagaan, perumahan, perdagangan, kawasan awam dan sebagainya. Di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini, aspek pengurusan ke atas harta yang digunakan untuk tujuan rekreasi telah dipilih. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk mengetahui bagaimanan sistem pengurusan dijalankan ke atas harta yang digunakan untuk tujuan awam atau orang ramai sebagai kawasan istirehat atau kawasan riadah. Selain dari itu, pemilihan ke atas kawasan rekreasi ini juga bertujuan untuk mengetahui bagaimana kerja-kerja pengurusan dijalankan ke atas harta yang bukan bertujuan untuk memaksimakan keuntungan tetapi untuk memberikan keselesaan serta menyediakan kemudahan kepada orang awam. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa pemilihan taman rekreasi di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini adalah untuk melihat bagaimana kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan dijalankan ke atas harta yang bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tetapi untuk tujuan memberikan keselesaan kepada pengguna. Penulisan Projek Tahun Akhir ini juga memerlukan suatu kes kajian bagi mengkhususkan pengkajian dijalankan. Bagi taman rekreasi kes kajian yang dipilih adalah Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Taman Tasik Titiwangsa ini telah dipilih kerana ianya merupakan salah satu taman rekreasi yang telah diwujudkan sejak dari dahulu lagi dan ianya juga kekal hingga ke hari ini serta menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Kuala Lumpur. Selain dari itu, Taman Tasik Titiwangsa ini dipilih kerana ianya merupakan salah satu dari taman rekreasi yang bukannya bertujuan untuk memaksimakan keuntungan tetapi ianya digunakan sebagai kawasan rehat untuk semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan tua.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa
Subjects: T Technology > TH Building construction
T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 22 Apr 2010 03:06
Last Modified: 17 Aug 2016 06:59
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/236

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year