Pembikinan filem Islam di Malaysia: perjalanan dakwah atau pelaburan komersil / Shafezah Abdul Wahab, Siti Najah Raihan Sakrani and Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim

Abdul Wahab, Shafezah and Sakrani, Siti Najah Raihan and Hashim, Mohd Adnan (2015) Pembikinan filem Islam di Malaysia: perjalanan dakwah atau pelaburan komersil / Shafezah Abdul Wahab, Siti Najah Raihan Sakrani and Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
Text
PRO_SHAFEZAH ABDUL WAHAB M 15.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Terdapat perbezaan antara penghasilan filem Islam dan filem berkonsepkan Islam di Malaysia yang mana usaha begini kurang mendapat perhatian dari kalangan karyawan serta penonton filem tempatan ditambah pula dengan pasaran terhad di peringkat lokal. Hal ini seolah-olah memperlihatkan dakwah Islam tidak dapat dipupuk melalui medium filem sepertimana yang dihasilkan dalam industri perfileman Islam di Indonesia dan Iran yang banyak memartabatkan Islam dalam karya filem. Polemik ini mendapat perhatian dan seringkali menjadi perdebatan di kalangan penggiat seni dan ulama. Persoalannya ialah bagaimanakah filem Islam ini mampu menjadi medium dakwah sekaligus mendapat tempat di hati penonton dan menembusi pasaran global. Kajian ini melihat bagaimana karyawan menggunakan filem sebagai medium dakwah serta menganalisa intipati kandungan filem yang dihasilkan. Metodologi kajian menggunakan apparatus temubual bersama prospek kajian daripada tiga bidang perfileman yang meninjau dari sudut akademik, penggiat seni serta persatuan sutradara. Hasil dapatan kajian diharapkan mampu memberi satu gambaran yang kolektif kepada industri filem negara khasnya dalam penghasilan genre Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Filem; Islam; Filem komersil
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Credit. Debt. Loans
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 18 Apr 2017 03:41
Last Modified: 18 Apr 2017 03:41
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16686

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year