Kemudahan kawalan kebakaran di bangunan-bangunan institut latihan perindustrian / Norpisah Jumin

Jumin, Norpisah (2000) Kemudahan kawalan kebakaran di bangunan-bangunan institut latihan perindustrian / Norpisah Jumin. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_NORPISAH JUMIN AP 00_5 1.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kemudahan Kawalan Kebakaran di Bangunan-Bangunan lnstitut Latihan Perindustrian merupakan tajuk dissertasi yang dipilih oleh penulis memandangkan topik ini adalah berkaitan dengan keselamatan bangunan dimana akibat berlakunya akan memusnahkan hartabenda dan mengorbankan nyawa. Rekabentuk bangunan yang menarik dan mempunyai kemudahan kawalan kebakaran yang berteknologi canggih, tidak akan berkesan jika tidak tahu menggunakannya dan mempunyai pengurusan penyelenggaraan yang tidak terancang belum tentu menjamin keselamatan sifar pada bangunan tersebut. Penekanan lebih diberikan kepada keberkesanan peralatan sistem pencegahan kebakaran secara aktif yang biasa diaplikasikan di bangunan-bangunan Institut. Jenis dan perletakan sistem pencegahan keselamatan kebakaran yang sesuai mengikut kegunaan janis bangunan dengan merujuk kepada piawaian-piawaian berkaitan iaitu Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341 ). Topik yang diberi keutamaan adalah kepekaan pihak pengurusan bangunan dalam menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan kepada peralatan sistem pencegahan keselamatan kebakaran. Perancangan penyelenggaraan yang teratur dengan mengikut kehendak-kehendak piawaian dan dilengkapi jadual serta rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan. Melalui konsep ini akan dapat mencapai tahap keselamatan yang lebih efektif dan effisien. Pengetahuan, pengalaman dan keperihatinan kepada semua pihak baik terlibat secara langsung atau tidak langsung mengenai kemudahan kawalan kebakaran dan keselamatan persekitaran yang baik akan menjamin kurangnya bayangan risiko kebakaran. Gabungan pihak penguatkuasaan seperti Majlis Tempatan, Bomba dan Jabatan Keselamatan dan disertai jaminan pihak Insuran, diharap dapat memberi kesedaran dan faedah kepada masyarakat akan kepentinqan sistem pencegahan kebakaran yang dititik beratkan.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Kemudahan kawalan kebakaran, keselamatan bangunan, rekabentuk bangunan
Subjects: T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building > Malaysia
T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 15 Apr 2016 07:29
Last Modified: 19 Jan 2017 07:48
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13811

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year