Komunikasi efektif melalui media perantaraan dalam kalangan masyarakat Melayu : satu kajian kes di Melaka / Raha Radzi

Radzi, Raha (2013) Komunikasi efektif melalui media perantaraan dalam kalangan masyarakat Melayu : satu kajian kes di Melaka / Raha Radzi. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Shah Alam, pp. 43-57. ISBN 978-967-11172

[img]
Preview
Text
PRO_RAHA RADZI IMP 13.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Komunikasi efektif merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang individu dan masyarakat. Keberkesanan berkomunikasi melalui media perantaraan mampu melancarkan lagi proses komunikasi yang memberi impak positif kepada para pengguna. Peranannya kini menjadi bertambah penting selari dengan arus pembangunan ICT (Information Communication Technology) tanpa batasan. Penggunaan teknologi komunikasi yang berkesan penting bagi mencapai matlamat dan falsafah bagi sesebuah masyarakat demi keharmonian dan kebahagiaan mereka. Kajian ini penting dalam usaha memahami dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai peranan teknologi komunikasi yang paling efektif dalam proses berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Melayu. Kertas kerja ini ingin melihat penggunaan teknologi komunikasi dalam membina komunikasi efektif dalam bermasyarakat. Seramai sebelas orang Melayu telah ditemu bual secara mendalam berdasarkan soalan separa-struktur dan soalan terbuka yang telah diuji sebelumnya. Temu bual dirakam, ditranskripsikan, dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Terdapat beberapa tema berjaya dikenal pasti dari kajian ini. Ianya dikategorikan kepada beberapa tema utama seperti telefon bimbit didapati sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di Melaka berbanding lain-lain teknologi seperti telefon talian tetap dan Internet. Penggunaan telefon bimbit mudah digunakan, senang dibawa ke mana-mana, sebagai pengganti diri, kosnya munasabah, banyak faedahnya, dan sebagainya. Kajian ini menggunakan Teori Penerimaan Teknologi yang dipelopori oleh Fred Davis dan Richard Bobagozzi pada tahun 1987. Di dalam teori tersebut, dinyatakan bahawa sesuatu teknologi baru akan mudah diterima masyarakat sekiranya ia mudah digunakan dan ianya sangat penting dan berguna. Kajian ini telah mengukuhkan lagi dua konstruk baru. Konstruk tersebut telah diperkenalkan oleh Siti Zobidah dan Mariah (2004) iaitu sesuatu teknologi akan senang diterima oleh masyarakat jika kosnya munasabah dan ia dapat memenuhi kehendak emosi, intelektual dan fizikal penggunanya.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Interpersonal relations. Social behavior
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media
Divisions: Faculty of Communication and Media Studies
Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
Date Deposited: 27 Jul 2015 01:57
Last Modified: 01 Nov 2016 14:43
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12594

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year