Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan

Abu Hassan, Badrul Redzuan (2006) Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan. Jurnal Skrin Malaysia, 3. pp. 233-245. ISSN 1823-1020

[img]
Preview
Text
AJ_BADRUL REDZUAN ABU HASSAN JSM 06 1.pdf

Download (777kB) | Preview

Abstract

Sebagai sebuah wahana yang luwes, pembikinan filem merupakan proses kesenian yang semestinya mencabar seorang karyawan filem memperlihatkan daya imaginasi dan kreativiti sinematiknya. Beliau bertanggungjawab menentukan kod-kod sinematik yang untuk dimanipulasikan dalam filemnya untuk menjadikan naratif sesebuah filem itu dipikul dan dikuasai oleh kekuatan naratif semiotiknya. Inilah antara cabaran besar khalayak filem yang mungkin "menonton" dengan mata yang "rabun" tetapi tidak celik "membaca" kod-kod sinematik yang disulam halus oleh pengarah dan editor filem. Bertolak daripada tanggapan ini, makalah ini mencadangkan bahawa filem SEPET arahan Yasmin Ahmad ini telah menggunakan beberapa aspek sinematik filem yang telah mencabar khalayaknya dalam menemukan interpretasi atau semantik filem yang tuntas. Dengan memfokus kepada babak tragis di penghujung filem ini, makalah ini akan cuba mendekonstruksikan kod-kod sinematik yang sepatutnya dibaca oleh khalayak dalam usaha membina sesuatu interpretasi yang kreatif serta kesimpulan yang munasabah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Filem Malaysian, semantik, sinematik
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Semantics
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia
Divisions: Faculty of Artistic and Creative Technology
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 08 Apr 2015 03:51
Last Modified: 06 Jun 2016 03:42
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11597

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year