Transkrip temubual bersama puan Hajah Noor Hayati binti Embong, pengetua cemerlang SMK Saujana Utama mengenai biografi dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan / Farah Adriana Azhar and Nuradlina Zulkifli

Azhar, Farah Adriana and Zulkifli, Nuradlina (2023) Transkrip temubual bersama puan Hajah Noor Hayati binti Embong, pengetua cemerlang SMK Saujana Utama mengenai biografi dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan / Farah Adriana Azhar and Nuradlina Zulkifli. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji pengetahuan seorang tokoh pengetua cemerlang dalam bidang pendidikan yang kurang diberikan pendedahan dalam kalangan masyarakat. Justeru, pendokumentasian lisan terhasil bagi memberi fokus khusus terhadap pencapaian dan cara kerja seorang pengetua cemerlang sehingga mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat. Pendokumentasian lisan ini adalah hasil daripada dua temu bual yang telah diadakan pada sesi berbeza bersama tokoh. Tokoh yang pertama ialah pengetua cemerlang puan Hajah Noor Hayati Binti Embong. Melalui kajian ini, latar belakang, sejarah pendidikan dan pengalaman hidup seorang pengetua cemerlang dapat ditelusuri. Selain itu, topik berkaitan cabaran, pencapaian, tips menjadi pengetua cemerlang dan harapan beliau terhadap pendidikan di Malaysia dapat dirungkap. Penekanan terhadap kemenjadian murid yang menjadi peneraju sistem pendidikan di Malaysia juga dapat di rakam. Melalui temu bual kedua bersama tokoh Puan Samsiah Binti Hasan, aspek keperibadian dan kepimpinan Puan Hajah Noor Hayati dapat ditelusuri dari sudut pandangan rakan sekerja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Noor Hayati Embong]
Text (Noor Hayati Embong)
98625.pdf
Download (30MB)
Indexing & Metrics