Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Aziz bin Samsudin, pembuatan dan permainan gasing pangkah/ Nurul Aqillah Zaini and Siti Nor Ayna Mohd ayu

Zaini, Nurul Aqillah and Mohd ayu, Siti Nor Ayna (2021) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Aziz bin Samsudin, pembuatan dan permainan gasing pangkah/ Nurul Aqillah Zaini and Siti Nor Ayna Mohd ayu. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini ditulis adalah mengenai bidang permainan tradisional gasing pangkah di mana semua maklumat dan informasi telah didapatkan melalui hasil temubual yang dijalankan bersama seorang tokoh iaitu Encik Mohd Aziz bin Samsudin. Temubual ini telah dijalankan pada 18 Disember 2020 pada pukul 10:00 pagi bertempat di Dewan MPKK Kampung Bukit Kapar, Selangor. Tokoh ini telah dipilih oleh para penyelidik kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dan telah lama berkecimpung dalam seni pembuatan gasing di mana beliau juga adalah merupakan seorang pemain gasing pangkah di kampung Bukit Kapar. Tokoh telah memberikan kerjasama yang baik semasa penyelidikan ini dijalankan dan masa yang diambil untuk menyempurnakan satu sesi wawancara adalah selama 2 jam 06 minit. Transkrip temubual ini berkisarkan tentang objektif kajian iaitu sejarah gasing pangkah di Malaysia, kaedah pembuatan gasing dan juga mengenai kaedah atau cara bermain gasing pangkah. Semua maklumat yang disampaikan oleh tokoh adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi tokoh sendiri mengenai bidang permainan tradisional ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98345.pdf]
Text
98345.pdf
Download (12MB)
Indexing & Metrics